Pages

Thursday, February 16, 2017

Sinopsis Filem Anak Bapak

RINGKASAN CERITA

Haron bertugas sebagai pengurus ladang getah kepunyaan bapaknya (Dato Mahfiz) di Kuala Lumpur. Dia yang masih bujang tinggal di sebuah rumah dalam ladang getah itu yang turut dijadikan pejabat pentadbiran. Haron yang playboy suka berjoli terutamanya minum sampai mabuk dan berfoya dengan perempuan menyebabkan duit gajinya habis malah berhutang pula dengan Normah penyanyi kelab malam dan ceti. Suatu pagi, Normah yang juga mata duitan telah datang ke pejabat Haron menuntut hutang kerana cek yang diberinya tempoh hari spring (tak ada duit dalam bank). Normah boleh melupakan hutangnya itu sekiranya Haron menunaikan janji berkahwin dengannya. Haron enggan dengan alasan dia belum cukup baligh. Normah marah dan menggugut akan buat report polis sekiranya cek yang baru diberikan itu spring juga.

Dukacita disebabkan tidak dapat membayar hutang Normah, kemudian datang pula Ceti menagih hutangnya (3000 ringgit) dan dengan ugutan mereka akan membuat laporan polis sekiranya hutang tidak dibayar, Haron menelefon bapaknya di Johor Bahru (Dato Mahfiz sedang sakit dan dirawat oleh jururawatnya, Halimah) meminta hantarkan duit 3000 ringgit untuk belanja kahwin. Gembira kerana anaknya hendak berkahwin, Dato Mahfiz setuju menghantar 500 ringgit. Tetapi duit itu bukannya Haron buat belanja kahwin sebagaimana yang dikatannya tetapi diselesaikannya hutang Normah 500 ringgit dan Ceti 3000 ringgit. Selebihnya untuk perbelanjaannya sendiri. Apabila pergi melawat ladang getah di bawah pengurusannya Haron memperlihatkan keprihatinannya terhadap nasib pekerja-pekerjanya. Seorang pekerja wanita bergaji hari diberi cuti gaji jalan kerana anaknya sakit. Haron juga memberikannya 10 ringgit untuk membeli ubat.

Dia juga menyuruh Mandur supaya memberi kerja seorang tua yang telah bekerja di ladang itu 40 tahun yang lebih ringan, cuti seminggu gaji jalan. Haron juga memberikan 50 ringgit seorang lagi pekerjanya untuk belanja kenduri berkhatan anaknya. Apabila beransur pulih dari sakitnya, Dato Mahfiz bersama Halimah pergi bercuti ke Kuala Lumpur yang mana kedatangan Dato Mahfiz itu telah menimbulkan masalah baru kepada Haron. Disebabkan Dato Mahfiz mahu adakan parti menyambut anak menantunya (isteri Haron), Haron meminta Salleh meminjam (pinjam olok-olok) isterinya, Eda. Walaupun tidak pernah dibuat orang kerana bos punya pasal mahu tidak mahu (dengan hati yang berat) terpaksa juga Salleh meminjamkan isterinya kepada Haron.

Haron juga runsing apabila ayahnya mahukan Normah menyertai parti untuk menyanyi. Dia bimbang rahsianya akan terbongkar. Dalam pada itu, Haron terus memikat Halimah (bila dia dapat tahu Halimah bukan isteri ayahnya) yang tidak percayakan Haron sungguhpun Haron berterus terang menyatakan Eda itu bukan isterinya. Parti berjalan penuh meriah. Dato Mahfiz diperkenalkan dengan anak menantunya (Eda) oleh Haron. Dato Mahfiz pula memperkenalkan Haron dengan Normah. Mereka berpura-pura tidak kenal mengenal, Tetapi Normah tahu rahsia Haron manakala Haron tahu Normah tahu rahsianya. Apabila selesai parti, keadaan di rumah tersebut menjadi kelam kabut apabila Haron berada sebilik dengan Eda. Salleh cemburu dan dia seberapa daya mahu berada dalam bilik bersama Eda tetapi sentiasa dihalang oleh Dato Mahfiz. Keadaan tambah bercelaru apabila Normah turut bermalam di rumah itu.

Oleh kerana gangguan Salleh itu, Haron mengambil keputusan untuk pergi ke bilik Halimah. Tetapi dia terperanjat sebab Normah berada bersama Halimah. Apabila pulang ke biliknya semula Salleh pula sudah berada bersama Eda. Tidak ada pilihan dan Haron mengambil keputusan untuk tidur di dalam bilik air. Ketika bersama Halimah, Normah menyatakan yang Haron mencintai Halimah. Dia juga mendedahkan rahsia, Eda itu bukan isteri Haron. Haron sudah kelam kabut tidak tentu arah kerana dah tipu duit Dato Mahfiz. Halimah yang sememangnya cintakan Haron merasa lega. Semasa tidur di dalam bilik air itu, Normah masuk. Dia terperanjat bila didapati ada orang di dalamnya. Tetapi bila didapati orang itu Haron, Normah mengambil kesempatan menggugut akan mendedahkan rahsia Haron kepada Dato Mahfiz sekiranya Haron tidak memberinya duit 1000 ringgit. Haron membayarnya dengan cek. Kerana keadaan bertambah kelam kabut dan sangat merunsingkan, Haron meminta pertolongan Halimah supaya kahwin dengannya. Halimah pula yang sudah tahu Eda itu bukan isterinya bersetuju tetapi mestilah masuk meminang.

Halimah dapat cuti selama seminggu. Kemudian bersama Haron, Halimah pergi ke Klang untuk bertemu dengan ibu bapanya. Kebetulan pula Datuk Halimah ialah pekerja ladang getah Haron yang telah ditolongnya mendapatkan kerja ringan, cuti seminggu dan gaji jalan. Apabila Haronmenyatakan hasrat yang dia mahukan Halimah berkahwin dengannya dengan serta merta hasrat Haron itu dipersetujui oleh datuk, ayah dan ibu Halimah. Dengan itu, berkahwinlah Haron dengan Halimah. Di Kuala Lumpur, Normah bersama managernya membuat pengaduan kepada Dato Mahfiz yang Haron telah memberikannya cek spring (tidak ada duit dalam bank). Normah (melalui managernya) juga mendedahkan segala rahsia Haron. Normah mahukan duitnya (1000 ringgit) tetapi Dato Mahfiz menyatakan duit Normah akan diganti apabila Haron balik kerana dia mahu buat perhitungan.

Apabila Haron pulang (turut sama Halimah dan datuknya) dia terperanjat kerana rumahnya bertukar menjadi court (mahkamah) dengan Dato mahfiz bertindak sebagai Tuan Hakim - master secretary sebagai peguam bela dan manager Normah sebagai pendakwa raya. Apabila perbicaraan dijalankan segala kebenaran terdedah. Apabila keputusan dibuat Tuan Hakim mengumumkan, haron didapati tidak bersalah. Oleh kerana gajinya tidak cukup, dinaikkan menjadi 2000 ringgit. Normah didapati bersalah kerana mahu memburuk-burukkan nama baik Haron. Dia dihukum kahwin, kahwin dengan Tuan Hakim - Dato Mahfiz. Tuan Hakim juga mengumumkan, pekerja-pekerja ladang dapat bonus sebulan gaji. Mereka juga diberi cuti tujuh hari gaji jalan sebab - anak dan bapa nak pergi honeymoon.


No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078