Di dalam sebuah taman bunga,
terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira
kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat
juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga,
melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari,
belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok
yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang,
lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain-main
dan menyanyi sama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari
kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari
makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak
percaya hujan akan turun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian.
Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.
Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi
di rumahnya tiada makanan.
‘Bila hujan berhenti bolehlah
saya mencari makanan, ‘ katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan
tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa
menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum
musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui
keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti, lebah teringat akan
belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
‘Saya akan membawa makanan,’ kata
lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari
semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh
dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.
No comments:
Post a Comment