Pages

Wednesday, July 27, 2016

Kata-Kata Hikmah 71





Ketika rasa
pedih itu hadir,
bisikkanlah di hati
bahawa ujian yang Allah
beri ini begitu indah.

Ya, indah sekali.

Walau apa pun ujian
yang menimpa kita,
tetapkanlah bersabar.

Kuatkan benteng di hati.

Monday, July 25, 2016

Kata-Kata Hikmah 70





Selagi kita memahami
Islam dan mengamalkan
segala ajarannya
berlandasan apa
yang dsampaikan oleh
Rasulullah

Baginda pasti menanti
kita di akhirat kelak

Kata-Kata Hikmah 69





Cukupkah dengan
mengemas kini status kita,
meraikan kekayaan dan
kejayaan duniawi kita, serta
menambah harta benda?

Di manakah usaha kita
dalam mencari keredhaan
Allah?

Kata-Kata Hikmah 68





Kadang-kadang kita
lupa siapa diri kita apabila
diberi seribu macam nikmat
seperti pangkat, sanjungan,
harta, bakat, dan kelebihan.

Tiba masanya untuk kita
berfikir sejenak dan menilai
siapakah diri kita dan
apakah tujuan kita hidup
di bumi Allah ini?

Sunday, July 24, 2016

Kata-Kata Hikmah 67




Dalam Islam, kita perlu
mempelajari semua perkara.
Bukan ilmu sains sahaja.

Dalam al-Quran terdapat
banyak ilmu sosial, psikologi
dan sebagainya.

Terdapat juga ilmu akhlak dan
karakter atau personaliti.

Kita perlu mempelajarinya.

Kata-Kata Hikmah 66




Kalam hidup ini,
kalau kita tidak mendapat
apa yang kita suka,
sukailah apa yang kita
dapat.

Kerana apa yang kita
dapat adalah anugerah
terbaik daripada Allah.

Kata-Kata Hikmah 65




Dalam hidup ini,
cubalah kita buat biasa
sahaja untuk perkara
yang tidak penting.

Manakala bagi perkara 
yang penting,
kita perlu buat sesuatu yang
luar biasa dan bersungguh-sungguh

Kata-Kata Hikmah 64



Perkara yang penting itu
adalah urusan akhirat.

Kita semua akan mati, tetapi
berapa ramaikah daripada
kita akan ambil peduli
dengan urusan akhirat?

Kata-Kata Hikmah 63




Dalam mendidik
anak-anak, utamakanlah
perkara yang asas iaitu solat
dan membaca al-Quran

Selesaikan ilmu fardu ain
sebelum anak-anak cukup umur.

Insya Allah, perkara-perkara
yang selain daripada itu akan
jadi mudah untuk anak-anak.

Kata-Kata Hikmah 62






Syukurlah jika emak
ayah masih ada untuk
marah-marah atau
membebel kepada kita
apabila kita buat jahat.

Apabila mereka sudah
tiada, kita akan merindui
mereka.

Kata-Kata Hikmah 61




Apabila kita menyebut tentang 
Nabi kita, Nabi Muhammad,
tergambar perasaan rindu,
cinta dan kasih kepada Baginda.

Dan begitulah sepatutnya.

Nabi adalah makhluk dalam dunia
ini yang paling kita cintai.

Siapa pun yang berhimpun di hadapan
kita, kita tidak boleh cintai lebih
daripada Rasulullah.

Hatta ibu bapa kita, suami isteri kita,
atau anak-anak kita sekalipun,
tidak boleh mengatasi cinta kita
kepada Nabi Muhammad.

Kata-Kata Hikmah 60





Kita ini, biar suka
kepada orang yang suka 
kepada kita.

Kalau kita suka kepada
seseorang, tapi orang itu
tak suka pada kita, itu
namanya terhegeh-hegeh.

Kita ini ada nilai.

Kata-Kata Hikmah 59





Kita ini selalu
bertanyakan benda yang
tiada di depan kita.

Kenapa asyik mencari
benda yang tiada?

Tengoklah apa yang ada
di depan kita.

Kata-Kata Hikmah 58




Semalam kita jadi kawan
kerana kenangan silam.

Hari ini kita masih berkawan
kerana janji semalam.

Esok kita terus berkawan kerana
hari ini kita saling mendoakan.

Hari-hari mendatang kita akan
terus berkawan kerana esok
kita ada azam.

Tapi, andai esok tiada lagi,
kita tetap kawan.

Kawan selamanya
dalam kenangan.


Kata-Kata Hikmah 57





Alangkah
penyayangnya Allah.

Sudi menerima amal
walaupun sedikit.

Rela mengampunkan dosa
walaupun banyak.




Kata-Kata Hikmah 56





Sekiranya kita sedang
mengalami kesusahan atau
kepayahan dalam hidup,
kita perlu yakin sepenuh
hati bahawa sesungguhnya tersebut
kesusahan tersebut
dianugerahkan kepada
kita kerana Allah kasih dan
sayang pada hamba-Nya.

Kata-Kata Hikmah 55




Bersyukurlah masih
ada orang nak tegur kita
apabila kita buat silap.

Itu tanda Allah sayang
pada kita.

Dia hantar orang yang
boleh membimbing kita.

Kata-Kata Hikmah 54




Sekuat mana pun seseorang itu,
dia tetap akan mengalirkan
air mata apabila diuji oleh
Allah tentang perasaan dan
orang yang mereka sayang.

Kata-Kata Hikmah 53





Orang tegur awak
maknanya dia sayang awak

Tak payahlah marah-marah
tak tentu pasal

Just accept it and move on
for a better life.

Alright?

Saturday, July 16, 2016

Kata-Kata Hikmah 52




Cantik di mata
manusia tidak semestinya
cantik di mata Allah.

Tampan di mata manusia
tidak semestinya tampan
di mata Allah.

Kata-Kata Hikmah 51




I don't have time to
hate people who hate me.

Because I am too busy
loving people who
love me.

Kata-Kata Hikmah 50




Melepaskan seseorang
yang kita sayang itu
amatlah sakit.

Mengalah tak semestinya kalah.

Andai itu pilihan dia, dan
kebahagiaan dia, kita kena
redha.

Kata-Kata Hikmah 49




Gantikanlah kebencian
dengan kasih sayang,
pasti hidup lebih bahagia,
insya Allah.

Jika seseorang itu,
hadir dalam mimpi,
maka orang itu sedang
merinduimu.

Friday, July 15, 2016

Kata-Kata Hikmah 48




Jangan kerana cinta,
kau hanyut dengan dunia.

Jangan kerana cinta,
kau lupa pada Yang Esa.

Jangan kerana cinta,
kau hilang iman di dada.

Thursday, July 14, 2016

Kata-Kata Hikmah 47




Bukan semua orang boleh
menerima kita kalau kisah lama
kita diketahui.

Bukan semua orang akan sokong
kita kalau kita mahu buat
kebaikan dan bangkit
daripada kesilapan

 Bukan semua orang akan beri
semangat untuk kita terus
berjaya pada masa depan.

Yang ramai ialah mereka yang
meramalkan kegagalan kita.

Jika ada yang sebaliknya,
itulah rakan sejati.

Hubungan hati yang abadi.

Kata-Kata Hikmah 46




Jangan kamu cinta 
sesuatu atau seseorang
melebihi cinta kamu kepada
Allah dan Rasulullah.

Manusa pertama yang
wajib kamu cinta ialah
Rasulullah.

Emak, ayah suami, isteri,
kawan, tok guru dan 
sebagainya kena letak 
d bawah.

Wednesday, July 13, 2016

Kata-Kata Hikmah 45




Adakalanya, kita terlalu
sibuk sehingga tidak punya
kesempatan untuk menyaksikan
bintang di langit.

Ramai daripada kita yang lebih
terpesona melihat hiburan
yang sia-sia.

Hiburan yang disogok keasyikan
duniawi hingga alpa memikirkan
nasib anak-anak

Kata-Kata Hikmah 44




Bumi mana tidak 
ditimpa hujan?

Lautan mana tidak bergelora?

Begitu juga kehidupannya manusia,
tidak pernah sunyi daripada
dugaan.

Umpama pelangi pelbagai warna,
begitulah ujian bagi setiap
manusia.

Kata-Kata Hikmah 43




Dunia  ini bukan tempat
tinggal kita

Dunia ini adalah tempat ujian kita.

Bilakah kita akan berhenti diuji?

Apabila kita masuk syurga Allah.

Hendak masuk syurga Allah,
hadapilah setiap ujian Allah
dengan tenang dan sabar.

Kata-Kata Hikmah 42




Sebenarnya, insan yang 
hebat adalah mereka yang
boleh mengubah kesukaran
hidup menjadi peluang.

Kesedihan menjadi doa.

Dan nikmat menjadi syukur.

Ubahlah hidup dengan penuh
keberanian yang luar biasa.

Kata-Kata Hikmah 41




Sehina mana pun
kisah silam seseorang,
apabila dia bertaubat,
dia ibarat bayi baru lahir
yang tiada dosa

Kata-Kata Hikmah 40




Dosa kamu dengan Allah
kamu kena minta ampun
kepada Allah.

Dosa kamu dengan manusia,
kamu kena minta maaf kepada 
manusia itu.

Tetapi, kalau manusia itu mati
sebelum kamu sempat minta
maaf kepadanya,
maka akan adalah dakwa-dakwi
kamu dengannya pada hari
kiamat nanti.

Kata-Kata Hikmah 39



Sebenarnya, duit yang kita
derma itulah bahagian kita.

Kita punya.

Yang ada dalam poket,
belum tentu lagi kita punya.

Subhanallah.

Kata-Kata Hikmah 38




Kita banyak bercerita
tentang benda yang kita
tidak dapat

Tetapi jarang bercerita
tentang banyak benda yang
kita dapat

Kata-Kata Hikmah 37





Dahulu,
orang mengumpat dan
memfitnah menggunakan lidah.

Sekarang,
orang mengumpat dan
memfitnah menggunakan jari.

Dahulu Facebook,
sekarang 'fitnahbook'.

Kata-Kata Hikmah 36




Untuk melihat seseorang
lelaki itu rajin ataupun malas,
lihat sahaja pinggannya
selepas makan

Adakah di sinki atau bersih 
berseri-seri?

Kata-Kata Hikmah 35



Yang sudah berlalu, 
biarkan berlalu

Redhalah dengan apa
yang berlaku, insya Allah
ketenangan milik kamu

Jangan pernah putus berdoa
ketika ditimpa dugaan
kerana di sebalik dugaan
ada 'barakah'
 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078