Pages

Monday, February 1, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Mokhtar Dahari



Penyerang legenda Malaysia dan Asia pada era 70-an hingga 80-an, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai Supermokh, menghimpunkan aneka detik memori emas zaman kegemilangan bola sepak negara.

Nama Supermokh dan jersi keramatnya yang bernombor 10, paling dikenang kerana dua golnya yang menewaskan kelab gergasi England, Arsenal 2-0 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 11 Mei 1975. Mokhtar dan Diego Maradona juga pernah bertembung di Stadium Merdeka dalam perlawanan persahabatan Pilihan Selangor-Boca Juniors pada 1982, empat tahun sebelum bekas jagoan dan jurulatih Argentina itu Piala Dunia 1986 di Mexico.

Turut menjadi sebutan dan kekal terpahat pada ingatan peminat adalah bagaimana rembatan deras jarak jauh Supermokh ke atas England B di Stadium Merdeka pada 1978 untuk mengikat lawan 1-1. Siapa sangka dia mampu menewaskan penjaga gol Joe Corrigan sehingga jurulatih England B, Bobby Robson berkata,"Gol itu sesuatu yang istimewa dan antara yang terbaik pernah saya saksikan."

Pemain Selangor dan Malaysia dari 1971 hingga 1987 ini sudah menjaringkan 177 gol dalam Piala Malaysia dan 125 gol di arena antarabangsa. Dia juga menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali, menjuarai Pestabola Merdeka dan mengalungkan negara dengan pingat emas Sukan Asia 1974 dan Sukan SEA 1979 di samping bergelar Olahragawan Kebangsaan 1976. 

Anak jati Setapak, Kuala Lumpur ini menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor pada pukul 8.25 pagi 11 Julai 1991 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit motor neurone. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan tiga anak, Mohamad redza, Nur Azera dan Nur Arina.

Allahyarham turut dianugerahkan sebagai Ahli Kelab Seabad Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) 1999 oleh Presiden AFC ketika itu, Sultan Ahmad Syah, yang diterima oleh anak sulungnya yang juga bekas pemain Selangor, Mohamad Redza. Satu lagi penghormatan sebagai menghargai jasanya mengharumkan nama Malaysia muncul tanggal 8 Mei 2010, apabila Kementerian Belia dan Sukan, menamakan salah satu gelanggang Kompleks Futsal Putrajaya, Gelanggang Mokhtar Dahari.


SUMBER: Wikipidea

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078