Pages

Saturday, February 6, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Ali Bakar


Cinta Allahyarham Ali Bakar kepada bola sepak terpahat kukuh sehingga degup jantung yang terakhir pada usia 56 tahun selepas rebah di tengah padang dalam perlawanan persahabatan antara pasukan Veteran Malaysia dengan Veteran Singapura di negara republik itu.

Jasa dan kejayaan Ali dalam bola sepak sejak tahun 1968 hingga 1982 terakam ketika Sukan Olimpik Munich 1972, Piala Kemerdekaan Jakartaraya dan Pestabola Merdeka 1973, pingat gangsa Sukan Asia 1974 dan Piala Malaysia 1974. Bekas Timbalan Penguasa Penjara Bandar Hilir, Melaka ini memiliki 85 penampilan antarabangsa dari 1970-1977 selain beraksi dengan Pulau Pinang dari 1968-1978 dan Perak, 1981-1982.

Namun kemunculan Ali di Stadium Olimpik Munich, Jerman Barat sebagai pembawa bendera Malaysia buat kontinjen negara dalam upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik Ke-20  pada 26 Ogos 1972 lebih menonjol dalam sejarah karier pemain ini. Meskipun Datuk M.Chandran menjadi ketua pasukan pada temasya terbesar dunia itu, Ali terpilih untuk memikul penghormatan khas tersebut di samping ketua kontinjen, Datuk Harun Idris yang juga merupakan pengurus pasukan bola sepak negara.

Terdahulu Ali, anak jati Georgetown, Pulau Pinang yang lahir pada 18 November 1947, menjadi antara penyumbang kemaraan skuad negara ke Olimpik Munich selepas menjuarai psuingan kelayakan di Seoul 1971 apabila menewaskan Korea Selatan, Jepun, Filipina dan Taiwan. Satu lagi kejayaan bersejarah Ali Bakar adalah menjuarai Pestabola Merdeka 1973 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur selepas Kuwait 3-1 dalam perlawanan akhir selain mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang enam perlawanan.

Ali, yang pernah bergelar ketua pasukan Pulau Pinang, sempat menimba satu pengalaman bersejarah apabila beraksi menentang kelab gergasi England, Arsenal di Stadium Bandaraya, perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 pada 1975. Pemergian Allahyarham pada 17 Ogos 2003, meninggalkan seorang balu, Syarifah Bee Mohd Hussain dan tiga orang anak - Ahmad Salimi, Azhannisyafira dan Ahmad Syarafi.


SUMBER: Wikipidea

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078