Bagi tahun yang baru sahaja berakhir menyaksikan tenaga kerja di Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang baru ditubuhkan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Christoph Mueller, bekerja keras untuk menyusun bersama organisasi, sebagai sebahagian daripada proses transformasinya.

Selepas bertahun-tahun berde-pan masalah kewangan dan di-burukkan lagi dengan tragedi berganda pada 2014, Malaysia Airlines bermula dengan rekod yang bersih pada 1 September tahun lepas, dengan MAB tidak lagi dijejaskan oleh isu kegawatan kewangan yang lepas.

Mueller memulakan minggu pertamanya dengan mengedarkan surat kepada kakitangan untuk menekankan bahawa ‘penawar bagi pemulihan adalah perit dan program kecergasan yang diperlukan untuk menjadikan sihat semula memerlukan kita memerah keringat dan kadang-kadang berendam air mata. Namun pengakhirannya, ia akan memberikan ganjaran yang manis.’

Jumlah tenaga kerja yang berlebihan telah dikurangkan kepada 14,000 orang, yang bermakna 6,000 orang terpaksa ditamatkan perkhidmatan. Dan bagi memastikan kelangsungan mata pencarian 6,000 pekerja yang terjejas, Khazanah NasionalBerhad, pemilik Malaysia Airlines, menubuhkan Pusat Pembangunan Korporat (CDC).

CDC yang mula beroperasi pada 1 Jun tahun lepas menyediakan ruang dan peluang bagi penempatan luar, perkhidmatan latihan dan mengasah kemahiran semula bagi kakitangan Malaysia Airlines yang dihentikan dan tidak ditawarkan pekerjaannsemula oleh MAB.