Pages

Thursday, January 21, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Wong Hung Nung


Hanya segelintir atlet negara yang mampu berprestasi tinggi dalam bolasepak dan satu lagi sukan sampingan atau layak digelar jagoan dwisukan seperti Wong Hung Nung yang kini berusia 56 tahun. 

Jika Datuk Ng Boon Bee dikenali sebagai juara Pestabola Merdeka dan Piala Thomas, Sukan Asia SEAP serta Seluruh England, bekas bek kiri Selangor dan Malaysia dari tahun 1977 hingga 1986 ini juga diakui handal di lapangan golf. Hung Nung mengumpul pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur dan Piala Raja Thai 1977 selain Pestabola Merdeka 1986 malah pernah mengalungkan Malaysia dengan sebutir emas berpasukan dan gangsa individu golf Sukan SEA Kuala Lumpur 1989.

Dia beralih ke lapangan sukan individu itu selepas Mahkamah Agung pada tahun 1988 membatalkan hukuman penggantungan seumur hidup daripada bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengatur keputusan perlawanan Sukan Asia Seoul 1986. Dia dituduh cuba menyogok setiap pemain negara dengan nilai RM 5000 supaya pasukan kalah dua gol kepada Arab Saudi di Stadium Kwangju, Korea Selatan pada 21 September 1986.

Apa yang menarik, Hung Nung sendiri menyumbat gol sulung minit ke 12 perlawanan yang dimenangi oleh Arab Saudi dengan keputusan 3-1. Skuad negara menamatkan saingan di tangga corot Kumpulan C selepas diikat Qatar 1-1 dan  ditundukkan Indonesia 1-0. Dia juga menjaringkan gol sulung pada minit ke 28 menerusi sepakan penalti untuk membantu Malaysia menewaskan kelab Sigma Olomouc dari Czechoslovakia sekali gus menjulang trofi Pestabola Merdeka buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Dua lagi gol daripada Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh pada minit ke 47 dan 70 turut memastikan tiket ke Seoul iaitu syarat kelayakan Majlis Olimpik Malaysia yang hanya meluluskan pemergian pasukan sekirannya mereka menjuarai kejohanan tahunan anjuran FAM itu. Meskipun sekadar bergelar naib juara Sukan SEA Manila 1981 selepas dikecewakan Thailand 2-1, tahun itu tetap manis buat Hung Nung apabila Selangor yang diwakili pemain ini membelasah Selangor 4-0 untuk merampas semula Piala Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Sebutir gangsa di temasya dwitahunan di Singapura 1983 tetap menjadi penawar selepas kegagalan Hung Nung menyempurnakan sepakan penalti penentuan ketiga sehingga tewas 3-0 kepada Thailand selepas diikat lawan 1-1 dalam masa sebenar aksi separuh akhir. Bersama Selangor, Hung Nung juga menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali selain satu lagi gelaran antarabangsa iaitu Piala Raja Thai apabila Malaysia dan Korea Selatan muncul juara bersama pada tahun 1977 selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan akhir. Di lapangan golf, dia pernah beraksi dalam kejohanan amatur dunia, Piala Eisenhowerselain memenangi gelaran amaturTerbuka Malaysia 1990 sebelum kembali beraksi dalam dua Sukan SEA dan satu Sukan Asia.  

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078