Pages

Sunday, January 17, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Mohd Syah Norbit

Hati Mohd Syah Norbit bagaikan luluh apabila skuad negara gagal mempertahankan gelaran Pesta
Bola Merdeka dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 17 Ogos 1975.


Dia dan rakan sepasukan tunduk 1-0 kepada musuh tradisi Korea Selatan yang setahun sebelum itu ditewaskan dengan jaringan sama 
oleh Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Midfileder yang kadangkala bertukar pemain sayap ini 
turut terlepas jejak emas abangnya,Mohd Zulkifli Mohd Norbit yang menjulang trofi Pestabola 
Merdeka 1968 untuk mengakhiri kemarau lapan tahun bagi gelaran sama.

Lebih parah buat Mohd Syah adalah terpaksa berdepan penyerang kembar terkenal, Kim Jae Han dan Cha Bum Kun yang juga menghampakan mereka 3-1 dalam liga, empat hari sebelum itu. Dia menyarung jersi Malaysia dari tahun 1972 hingga 1976 
selain menyerlah bersama Selangor selaku juara Piala Malaysia lima kali pada 1971 hingga 1973, 
1975 dan 1976.     

Mohd Syah Alias Mohd Norbit yang lahir pada 25 November 1951 mempunyai seorang lagi saudara,Mohd Jamaluddin Akhir Mohd Norbit,juga bekas pemain Selangor dan kebangsaan. Empat bulan 
selepas Pestabola Medeka 1975, anak anggota polis ini sekali lagi kehampaan apabila Malaysia 
disekat Thailand 3-1 untuk hanya meraih pingat perak Sukan Sea Bangkok.

Meskipun cuma satu perlawanan persahabatan pada 11 dan 13 Mei 1975, Mohd Syah tetap 
menganggap menentang Arsenal sebagai satu lagi detik bersejarah dalam kariernya. Dia bermain 
sebagai pemain sayap kanan Malaysia yang turut menjinakkan kelab gergasi England itu, 2-0 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sebelum diikat lawan 1-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Dengan Selangor, detik termanis adalah apabila saya menjaringkan gol kedua ke atas Perak untuk memenangi Piala Malaysia dalam perlawanan akhir ulangan 3-1 di Ipoh pada 1971,” kata anak kelahiran Kuala Kangsar ini. Kemalangan jalan raya pada tahun 1979, telah mencederakan paha dan lutut Mohd Syah Norbit lalu terpaksa berehat sebulan daripada pertandingan peringkat kelab Piala FAM, tiga tahun selepas bersara dari Selangor. 

“Selepas setahun barulah saya boleh bermain dengan selesa biarpun hanya buat Kelab Sultan Sulaiman,” kata Mohd Shah Norbit yang beralih sebagai jurulatih kelab selepas bersara pada 1982. Dia juga pernah menjadi penolong jurulatih Selangor kepada Datuk Khaidir Buyong sehingga tahun 2000 sebelum melatih Melaka dari tahun 2001 hingga 2003, skuad wanita Malaysia (2006-2008), Angkatan Tentera dan SPA mulai 2013.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078