Pages

Sunday, January 31, 2016

Legenda Bola Sepak Malaysia Khalid Ali


Masih terpahat kenangan pahit manis ketika dan selepas Kelayakan Olimpik Moscow 1980 buat Abd Mohd Khalid Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali, bekas midfielder negara dari tahun 1977 hingga 1983. 

Antara kejayaan manis itu termasuklah menganggotai skuad Malaysia bimbingan Karl Heinz Weigang yang menjuarai Kumpulan 2 selain koleksi enam gol yang dijaringkan Khalid sepanjang pusingan Kelayakan Asia tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Paling mengejutkan adalah bagaimana perubahan posisi Khalid dari bek kanan ke midfielder bertahan yang dilakukan oleh Weigang, menjadikan dirinya cukup digeruni pemain lawan seperti Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Brunei dan Filipina. 

Anak kelima daripada sembilan adik beradik itu baru berusia 22 tahun semasa kejohanan berlangsung, bergandingan mantap dengan Datuk Shukur Salleh di bahagian tengah selain Datuk Abdah Alif serta Bakri Ibni. "Saya memulakan karier dengan Selangor dalam Piala Burnley kemudian Piala Malaysia sebagai bek kanan sejak tahun 1975 tetapi Weigang menukar posisi saya ke bahagian midfileder bertahan yang terus melekat sehingga saya bersara," kata Khalid.

Bekas penuntut Sekolah Lelaki Ampang itu menjaringkan hatrik bersama Hassan Sani ketika Malaysia membelasah Indonesia 6-1 selain dua gol ketika membenam Filipina 8-0 dan satu memblosi gawang Korea Selatan dalam kemenangan 3-0 untuk aksi liga. Namun seperti kesemua 19 rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, kemanisan itu bertukar pahit apabila Kerajaan Malaysia mengarahkan pemulauan Olimpik Moscow sebagai membantah percerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. 

Piala Presiden Park 1977 di Seoul, Korea Selatan merupakan aksi sulung Khalid bersama skuad negara yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum memenangi tempat ketiga. Bersama Selangor, dia juga tidak pernah lekang dengan kejayaan seperti memenangi Piala Malaysia beberapa kali pada akhir era 70-an dengan menewaskan musuh tradisi, Singapura.

Khalid turut memiliki saudara bola sepak yang pernah menyarung jersi Selangor dan Malaysia seperti Hanafiah, Rahman dan Zainal Abidin Hassan. Khalid yang gemar berambut gaya afro ketika usia muda, sempat berkelana semusim ke Kuala Lumpur dari tahun 1981 hingga 1982 membantu pasukan tetangga Lembah Klang ini memenangi Piala Emas Raja-Raja. Kecederaan lutut yang dialami dalam satu pertandingan peringkat kelab telah memaksa Khalid menjalani perbedahan yang secara beransur-ansur membataskan prestasi terbaik pemain kelahiran ibu kota itu sebelum memilih untuk bersara pada tahun 1985.


SUMBER: Wikipidea

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078