Pages

Thursday, January 7, 2016

Bab 3 MH 17 Dalam Kenangan Tugas Mencabar

Tugas di Kharkiv mencabar tetapi tidak begitu mencabar seperti di Kharkiv. Di Kiev kita berurusan dengan orang yang mempunyai tanggungjawab tidak begitu berat. Ketika saya berurusan dengan imam, kita tahu mereka berada dalam keadaan selamat. Urusan itu hanya memerlukan masa yang singkat untuk diselesaikan. Begitu juga apabila berurusan dengan media. Saya banyak membawa kumpulan media mendapatkan maklumat bertemu dengan penduduk tempatan. Mereka bertanya bagaimana perasaan penduduk apabila melihat pesawat terhempas.

Saya rasa tugas penterjemah lebih mencabar apabila saya diarahkan ke Kharkiv. Perjalanan ke Kharkiv dari Kiev lebih kurang 700 kilometer. Malam itu juga (sabtu malam ahad) keretapi dari Donestk bersama-sama dengan 12 orang pasukan khas terdiri daripada pasukan Pascal dan bukan forensik serta jasad mangsa akan ke Kharkiv. Perjalanan dari Donestk ke Kharkiv lebih kurang 200 kilometer.

Pada asalnya kita takut perjanjian antara Malaysia dengan puak pemisah tidak berjaya. Ini kerana sebelum itu pihak keselamatan iaitu OSCE (Organization For Security And Cooperation In Europe) cuba masuk ke Donestk untuk melakukan perundingan dengan puak pemisah. Malangnya, puak pemisah Republik Rakyat Donestk (DPR) memberi amaran kepada pihak OSCE; "Aku bagi kau masa sejam untuk kau keluar. Kalau engkau tak keluar, aku akan tembak."

Mendengar amaran dari puak pemisah, semua anggota OSCE dan BBC keluar. Sebenarnya, OSCE cuba mengambil kesempatan daripada pasukan Malaysia. Puak pemisah pro Russia hanya mahu berurusan dengan kumpulan dari Malaysia. Ketika itu pasukan dari Ukraine dan Netherlands cuba untuk berurusan dengan puak pemisah tetapi ditolak. Maklumat yang disampaikan kepada pihak OSCE, puak pemisah hanya mahu berurusan dengan pasukan dari Malaysia tidak disampaikan.

Suasana tertekan ketika mesyuarat dijalankan. Kami hampir-hampir hendak menamatkan misi tersebut. Ketika itu, pihak Ukraine memang tidak membenarkan pasukan dari Malaysia pergi ke Donestk. Bayangkan kami terbang ke Ukraine menyewa pesawat MAS pada hari Jumaat sampai Sabtu pagi di Kiev. Sepatutnya pesawat itu terus ke Donestk iaitu tempat kejadian. Tetapi pihak Ukraine tidak membenarkan atas ciri-ciri keselamatan. Kami terpaksa duduk di Hotel President di Kiev, sementara waktu. Sampai hari kedua pun masih tidak dibenarkan masuk ke Donestk. hari ketiga hampir semua pasukan dari Malaysia putus asa.



SUMBER : Dr Akmal Salleh  

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078