Pages

Sunday, November 1, 2015

'Tahniah JDT! Cipta Sejarah Baru Malaysia'

najib


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.

JDT menewaskan kelab Tajikistan, Istiklol FC 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, malam ini.

"Tahniah @OfficialJohor! Berjaya cipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia dengan bawa pulang Piala AFC!," kata Najib dalam catatan terkini Twitter beliau di sini hari ini.

Pemain import JDT dari Argentina, Leandro Velazquez menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-22.


Kejayaan JDT itu sekali gus melakar sejarah baharu bola sepak tanah air apabila skuad Harimau Selatan berkenaan, muncul pasukan Malaysia pertama menjuarai Piala AFC, yang mula diperkenalkan pada 2004.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078