Pages

Tuesday, November 24, 2015

Pembunuhan Beramai-Ramai Di Parit Sulong

Fail:UmpCA81B4YM.jpg

Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalampertempuran Jambatan Gemencheh.

Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Setelah gagal berunding di bawah bendera putih untuk membenarkan mereka yang tercedera untul lalu, pemerintah pasukan memutuskan bahawa pihak Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva (Geneva Convention ) mengenai tawanan perang dan memerintahkan kesemua mereka yang sihat dan mampu diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka kembali menyertai barisan pihak Berikat; tetapi bagi sekitar 110 tentera Australia dan 40 tentera India yang cedera terlalu teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk menyerah diri.

Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Chief of Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk "menghapuskan" tahanan yang tercedera.

Dalam perbicaraannya, Nishimura mendakwa bahawa ini bererti "memindahkan mereka yang tercedera kebelakang" - tetapi Chief of Staff, Kolonel Imai Kamerjiro - yang tidak terselamat dalam perperangan - menambah; "Mayat tahanan hendaklah dibakar selepas selesai pembunuhan itu". Teks penuh arahan tersebut diberikan kepada Lt. Fujita yang ditugaskan bagi menghapuskan tahanan.

Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan kedalam lubang bom dijalan berhampiran.

Terdapat keterangan saksi lain yang menyatakan kisah berlainan, anataranya: Sesetengah dari mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan petrol dan dibakar dan (dalam kata-kata Russell Braddon) selepas "dibakar hangus— sebelum digelek kehadapan dan kebelakang (secara teratur) dengan lori yang dipandu oleh tentera Jepun." (Braddon, p. 101) Kebanyakan mayat tersebut dijadikan pengisi lubang bom dijalan. Kenyataan penduduk tempatan turut melaporkan bahawa tahanan perang (POWs) diikat beramai-ramai dengan kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang, menyebabkan yang lain jatuh kedalam sungai Simpang Kiri dan lemas.

Tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang. Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh.

Leftenan Jeneral Takuma Nishimura kemudiannya disabitkan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) dan digantung hingga mati pada 11 Jun 1951. Dia telah disabitkan oleh mahkamah British bagi penjara seumur hidup bagi Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078