Pages

Thursday, November 12, 2015

Laluan Lebuhraya KL-Karak Masih Ditutup



KUALA LUMPUR - Kerja pembersihan laluan akibat tanah runtuh dari   Kuala Lumpur  ke Kuantan di Kilometer 52.4  Lebuhraya KL-Karak telah selesai namun laluan berkenaan masih belum dibuka.

Memetik laporan Berita Harian, hanya kenderaan yang terhalang sahaja dibenar  untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi posting Twitter terbaharunya  pagi ini berkata, kerja pembersihan bagi laluan Kuantan  ke  Kuala Lumpur di lebuh raya itu masih dilaksanakan dan  dijangka mengambil masa kerana lumpur terlalu banyak.

"Demi keselamatan pengguna, laluan kedua-dua hala masih ditutup kerana masih lagi terdapatpergerakan air dari atas bukit  di tempatkejadian," katanya.

Beliau berkata, penggunadinasihatkan untuk menggunakan  jalan  alternatif seperti dicadangkan malam tadi oleh pihak berkuasa.


SUMBER: Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078