Pages

Wednesday, November 4, 2015

Kekanda Yang Di-Pertuan Agong Mangkat

Al-Fatihah

ALOR SETAR - Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah mangkat di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Sultan Kedah, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Tunku Hamidah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada pukul 11.50 pagi akibat kegeringan.

Jenazah Almarhumah Tunku Hamidah akan disemadikan di Makam DiRaja Langgar dekat sini pada 10 pagi esok, katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga baginda.

Menurutnya, jenazah baginda mulai disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bermula 3 petang tadi sehingga 7 malam ini untuk penghormatan terakhir.

Syed Unan Mashri meminta semua berdoa ke hadrat Illahi semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama para Shuhadah dan Solihin. 


Sumber : SInar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078