Pages

Friday, November 6, 2015

Hab Ekonomi Serantau MAB DI Kuala Lumpur 90% Siap


Kuala Lumpur - Sasaran rangkaian pensrukturan semula Malaysia Airlines (MAB) untuk mewujudkan pangkalan di Kuala Lumpur sebagai hub perjalanan ekonomi serantau termasuk China dan Vietnam kini siap 90 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller berkata, syarikat sedang mengambil kira corak frekuensi (kekerapan penerbangan), tetapi kapasiti setiap destinasi adalah tetap. Katanya, pelan bagi rangkaian itu bagi tempoh 15 tahun dan sebahagian besarnya dipacu oleh trafik dari Eropah ke Australia.

Saya cuba untuk mengaturkan proses penstrukturan semula berikutan pengurangan kapasiti pekerja dan jika anda berbuat demikian dari semasa ke semasa, ia seperti mengalami selesema untuk beberapa minggu. Anda ingin mengatasi kesemuanya supaya tidak ada lagi berita buruk bagi pekerja," katanya menerusi laporan Bloomberg di sini hari ini.

MAB ketika ini dalam proses bertukar kepada pesawat lebih kecil dan mencari pembeli bagi dua daripada enam buah pesawat A380. Menurut Mueller, lima pesawat super jumbo berkenaan digunakan bagi laluan London dan selebihnya digunakan untuk sewaan termasuk menerbangkan pasukan bola sepak Real Madrid pada siri jelajah Asia dan jemaah haji ke Makkah. Pelan pelaksanaan bagi empat pesawat A350s bagi 2017 akan diputuskan tahun depan.

Mueller mengambil alih MAB pada Mac lalu bagi mengetuai keseluruhan usaha penstrukturan semula MAB ketika ia memasuki antara fasa kritikalnya. Jelasnya, beliau telah melakukan beberapa perubahan besar di dalam MAB dan kini bersedia meninjau pasaran-pasaran baharu termasuk Kemboja, Laos dan Myanmar.


Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078