Pages

Friday, November 13, 2015

ANIH : Runtuhan Berpunca Dari Banjir Lumpur



BENTONG - Syarikat pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, ANIH Berhad menegaskan kejadian yang berlaku di Kilometer 52.2  Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak  bukan berpunca  dari tanah runtuh sebaliknya adalah kejadian banjir lumpur.

Presiden ANIH Berhad, Datuk Dr Azmil Khalid berkata, pihaknya telah melakukan siasatan di kawasan yang masih di bawah selenggaraan  ANIH dan mendapati  tiada kesan tanah runtuh sebagaimana yang didakwa.

"Kami telah siasat dan kami  percaya kejadian  berpunca dari  hujan lebat dan tekanan air yang kuat sekali gus membawa bersama batu besar dan lumpur serta kayu  mati. "Jangan kata  tanah runtuh kerana  implikasinya adalah berbeza. Kalau  tengok lokasi kejadian, jika  berlaku tanah runtuh akan terdapat satu lekukan atau bukit di lokasi kejadian sudah tak ada dah, Malah, struktur bukit di tepi jalan ini masih sama,"katanya.

Belian bagaimanapun tidak menolak kemungkinan aktiviti penerbangan hutan menjadi punca utama kepada kejadian banjir lumpur terbabit.  Katanya, berdasarkan pemantauan yang  dibuat terdapat banyak sisa-sisa kayu dan pokok balak yang dihanyutkan air lumpur dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun  katanya, siasatan terperinci perlu dilakukan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian  di jalan perhubungan utama Pahang-Kuala Lumpur itu. "Saya tidak nampak sendiri jadi saya tidak berani hendak cakap. Saya tak kata yakin (ada aktiviti penebangan hutan) tetapi saya rasa ada, kalau  tidak tak akan benda ini boleh berlaku," katanya.

Menurut Azmil, pihaknya mempunyai kuasa terhad hanya di kawasan lebuhraya berkenaan sahaja dan tidak mampu mengawal apa-apa kegiatan yang berlaku bersebelahan kawasan itu. Beliau menjelaskan, kuasa mengawal aktiviti di kawasan berkenaan  adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa  tempatan.

"Kita ada sistem kawalan yang tegas mengenai kawasan lebuh raya ini  tetapi apa-apa yang berlaku  kali ini  adalah di luar kawalan kita. Jadi sebarang aktiviti yang diluluskan atau tidak kita tidak dapat kawal," katanya. 

Azmil berkata, pihaknya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan mengadakan sesi dialog bersama agensi kerajaan terlibat bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. Sementara itu, apabila  ditanya mengenai langkah yang akan dilakukan pihaknya bagi mengelakkan kejadian seperti tu berulang beliau berkata, akan mengadakan dialog dengan pihak berkuasa terbabit bagi membincangkan perkara  itu. "Kerjasama dan koordinasi yang baik  dengan pelbagai agensi terbabit seperti kerajaan negeri dan sebagainya amat penting bagi memastikan kejadian  itu  tidak berulang bagi," katanya. 


SUMBER: Sinar Online









No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078