Pages

Monday, November 9, 2015

14 Destinasi Percutian Hujung Tahun Di Malaysia

1. Perlis ( Wang Kelian )



Merentasi permandangan indah bukit-bukau dan jalan bengkak-bengkok menemukan anda dengan sebuah syurga membeli belah yang terletak di sempadan Thailand dikenali dengan nama Wang Kelian (Satun). Jarak dari Gua Kelam ke destinasi ini tidaklah begitu jauh, hanya kira-kira 12 km. Terdapat banyak barangan keperluan dapur, pakaian, kraftangan, permainan, buah buahan dan makanan ringan yang dijual dengan harga yang berpatutan.

2. Pahang ( Bukit Tinggi Resort )




Resort ini memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di kawasan tinggi di Eropah. Suasana, konsep dan gaya unik yang ada di sini diilhamkan dari Kampung Colmar yang terletak di Alsace, Perancis. Bukit Tinggi - Colmar Tropicale pasti menjadi tempat terbaik untuk mereka yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga serta penginapan percutian yang selesa. Selain menikmati permandangan indah di sini, jangan lupa untuk mencuba beberapa aktiviti menarik seperti mountain climbing, melawat organic farm daan mountain biking.

3. Kedah ( Pusat Sains Negara )



Pusat Sains Negara yang juga dikenali dengan nama Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara terletak bersebelahan Muzium Padi Kedah. Ia dibuka setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat banyak aktiviti menarik, informasi dan pameran berkaitan sains yang mampu menjadi minda dan kreativiti anak-anak. Antara aktivit menarik yang harus dicuba Human Torso, Halimunan, Timbunan Piramid dan Fascinating Tunnel. Persinggahan di Alor Setar pastinya tidak lengkap andai tidak menikmati "Laksa Ikan Sekoq" Alor Setar, Kedah. Laksa di gerai ini sedikit berbeza di mana ia dihidangkan bersama seekor ikan rebus. Yang paling istimewa, mereka yang makan di sini boleh menambah sepinggan laksa yang seterusnya secara percuma.

Image result for pusat sains negara kedah
4. Pulau Pinang ( Escape Adventureplay )



Selepas menikmati makanan yang enak seperti nasi kandar dan cendol di Padang Kota, pastinya aktiviti yang bermanfaat perlu dilakukan untuk membakar lemak-lemak yang ada di dalam tubuh. Apatah lagi jika dapat dilakukan seisi keluarga. Justeru itu, saya mencadangkan anda supaya berkunjung ke Escape Adventureplay yang terletak di Teluk Bahang. Selain beriadah dan bersuka ria, hampir 27 permainan dan aktiviti di sini dapat memupuk keberanian serta keyakinan diri. Escape Adventureplay dibuka bermula pada jam sembilan pagi sehingga jam enam petang. Ia ditutup pada hari Isnin kecuali pada cuti persekolahan. Harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM 60 dan kanak-kanak RM45.

5. Selangor ( Rabbit Fun Land )



Buat mereka yang merancang trip pada musim cuti persekolahan ini, persinggahan ke Rabbit Fund Land yang terletak berhampiran Bukit Broga pasti menyeronokkan. Untuk pengetahuan anda, destinasi ini merupakan ladang arnab yang terbesar di Malaysia iaitu sebanyak 30000 ekor arnab dengan baka dari negara yang berbeza-beza. Banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan di sini seperti pertandingan 'makeover' arnab, belajar proses memerah susu lembu, merasai keenakan daging arnab, memberi makan dan menunggang kuda serta persembahan kuda.

6. Perak ( Menara Condong )



Menara Condong merupakan mercu kebanggaan bagi penduduk di Teluk Intan. Pada waktu dahulu, menara ini berfungsi sebagai tempat takungan air yang disedut dari Sungai Perak. Seringkali menara ini dikaitkan dengan Menara Condong Pisa di Itali kerana keunikan dan kehalusan seni binanya. Dibina pada tahun 1885, ia seringkali menjadi tumpuan para pelancong dan peminat fotografi yang terpesona dengan struktur pagoda yang unik. Kunjungan ke sini pastinya mengimbau kembali sejarah kegemilangan Teluk Intan pada suatu masa dahulu.

7. Melaka ( Melaka Duck Tours )



Melaka Duck Tours beroperasi berhampiran dengan Menara Taming Sari di Bandar Hilir, Melaka. Para pengunjung dapat menyelami keindahan Bandar Melaka yang sarat dengan sejarah. Perjalanan bakal bermula di darat dan melalui ikon-ikon yang terkenal di Melaka sebelum memasuki kawasan pantai dengan menggunakan kenderaan yang mampu terapung di atas air. Harga tiket untuk dewasa adalah sebanyak RM 38, kanak kanak ( 2 hingga 12 tahun ) RM 22 dan remaja ( 13 hingga 18 tahun) RM 27.

8. Negeri Sembilan ( Homestay Kampung Pelegong )



Homestay yang terkenal di Negeri Sembilan ini akan membawa anda untuk mengecapi ketenangan alam semula jadi dan lari dari kesibukan kota. Bangun pagi di sini akan disambut dengan udara yang segar serta sahutan bunyi ayam jantan yang berkokok. Sarapan pagi dengan juadah istimewa kampung, kuih muih tradisonal serta aktiviti kampung yang menyeronokkan, pasti ia menjadi percutian hujung tahun yang indah. Juga, jangan lupa untuk mempelajari bagaimana cara untuk menganyam rotan, menoreh getah atau menikmati kesejukan air terjun yang menyegarkan. Pengunjung boleh mengambil perkhidmatan keretapi komuter laluan KL Sentral-Seremban dan turun di Tiroi. Kampung Pelegong terletak hanya 2km dari sini. Dari sini, anda akan dijemput oleh tuan rumah keluarga angkat.

9. Johor ( Desaru Ostrich Farm )

Lokasi yang sering menjadi tumpuan para pelancong di Teluk Ramunia mempunyai lebih dari 100 ekor burung unta. Ia merupakan satu peluang yang menarik buat pengunjung untuk mendekati dan mengenali habitat burung unta secara lebih terperinci. Selain burun unta, anda juga berpeluang untuk melihat kelip-kelip di Sungai Lebam dan bersantai di Pantai Desaru. Bayaran tiket masuk adalah sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Untuk penginapan, anda boleh memilih untuk menginap di Pulai Desaru Beach Resort & Spa yang hanya mengambil masa kira-kira 25 minit perjalanan.


10. Labuan ( Labuan Bird Park )


Terletak kira-kira 16km dari pusat bandar Pulau Labuan, Labuan Bird Park diwujudkan berhampiran dengan mercu tanda Labuan yang terkenal yakni Terowong Tanjung Kubong yang pernah menjadi tapak aktiviti perlombongan arang batu selama lebih dari setengah abad sejak dari tahun 1849 sehingga 1911.  Taman burung ini menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis burung yang terdapat di Borneo. Dianggarkan, terdapat kira-kira 580 spesies burung ada dipamerkan di sini seperti Kakak Tua, Burung Raja Udang, Merak dan Ewnggang. Labuan Bird Park dibuka pada setiap hari termasuk pada hari cuti umum bermula dari jam 10 pagi hingga jam lima petang Harga tiket hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Antara hotel yang selesa dan memberikan akses mudah ke destinasi ini ialah Grand Dorsett Labuan Hotel.

11. Sarawak ( Cultural Village )



Keindahan kaki Gunung Santubong menempatkan sebuah perkampungan yang masih mengekalkan tradisi dan kesantunan warisan yang diberi nama Kampung Budaya. Banyak perkara yang boleh dipelajari di sini untuk mendalami lagi kehidupan tradisi suku etnik yang terbesar di negeri Sarawak. Pengunjung juga boleh menikmati persembahan budaya yang diadakan dua kali sehari di samping melihat sendiri kehalusan pakaian, kraftangan dan Pua Kumbu ( tekstil tradisional orang Iban ). Antara aktiviti menarik ialah melawat rumah panjang, bengkel muzik dan jejak semula jadi orang Penan.

12. Sabah ( Seaventures Dive Resort )



Dalam keterujaan untuk menyelami keindahan Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Sipadan, aktiviti menyelam pasti tidak boleh dilepaskan untuk menikmati keindahan dasar laut. Justeru itu, Seaventures Dive Resort merupakan pilihan yang ideal buat mereka yang tidak ingin berbelanja terlalu besar untuk menginap di resort-resort mewah yang ada di sana. Tambah unik, inapan ini diolah daripada pelantar minyak bersaiz gergasi telah menjadi persinggahan para peminat selam skuba dari seluruh dunia. Destinasi ini mudah diakses dari Lapangan Terbang Tawau yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Jeti Semporna.

13. Terengganu ( Pasar Payang )




Menjadi syurga songket, batik dan sutera di Malaysia. Pasar Payang menjadi satu persinggahan wajib buat sesiapa sahaja yang bertandang ke negeri Terengganu. Selain kain yang berkualiti, terdapat lagi banyak barangan yang boleh didapati di sini seperti kraftangan, barangan tembaga dan kolam. Tentunya, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan bagi kualiti barangan yang bermutu tinggi. Pasar Payang mudah dijejaki andai anda menginap di mana-mana hotel di sekitar Kuala Terengganu.

14. Kelantan ( Wakaf Che Yeh )



Andai bertandang ke Kota Bharu, pasti aktiviti pada malam hari tidak lengkap jika anda terlepas untuk mengunjungi Wakaf Che Yeh. Pasar borong ini merupakan syurga membeli belah bagi pelancong yang bertandang ke sini. Barang-barangan seperti baju, pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, minyak wangi dan kasut bundle, namakan saja kerana boleh dikatakan semuanya ada dijual di sini. Selain itu, mendapatkan juadah makan malam yang enak juga boleh didapati di sekitarnya. Untuk mendapatkan akses yang lebih mudah untuk ke sini, anda boleh memilih untuk menginap di Holiday Villa Hotel Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078