Pages

Saturday, October 24, 2015

27 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Jerebu


KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kawasan kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
   
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang merekodkan bacaan tertinggi ialah Pasir Gudang (154), diikuti Kota Tinggi (147); Pelabuhan Klang (140); Larkin Lama dan Shah Alam (masing-masing 137); Kuala Selangor (127); Putrajaya (126); Banting dan Bandaraya Melaka (masing-masing 125); Bukit Rambai (124); dan Petaling Jaya (123).
   
Kawasan lain yang terlibat ialah Seremban (122); Nilai dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 117); Port Dickson (116); Tanjung Malim (115); USM (113); Kangar, Muar dan Bakar Arang, Alor Setar (masing-masing 111); Langkawi dan Seberang Jaya (masing-masing 110); SMK Tanjung Chat, Kota Baharu (108); Alor Setar (105); SK Jalan Pegoh, Ipoh (102); dan Seri Manjung (101).
   
Perai pula kini berada pada paras sederhana (IPU 100) berbanding tidak sihat (120) malam tadi.
   
Kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Samarahan (100); Jalan Tasek, Ipoh dan Kuching (masing-masing 96); Sri Aman (94); Kg Air Putih, Taiping (89); Kuala Terengganu (88); Balok Baru, Kuantan (84); Jerantut (83); Tawau (82); Kemaman (79); Sibu (78); Sarikei (72);  Kapit (71); Bintulu (69); Indera Mahkota dan Paka(masing-masing 68); Miri (64); Sandakan (61); Keningau (58); ILP Miri (56) dan Kota Kinabalu (53).


Sumber : Sinar Online
   
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Piala Sultan Selangor Dibatal Akibat Jerebu

Piala Sultan Selangor 2015




PERLAWANAN bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam di sini
malam ini dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk, kata Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur, Tan Sri Abd Karim Munisar.
    
Beliau berkata, pembatalan itu dilakukan setelah mendapat perkenan Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara
 (IPU) di kawasan Shah Alam sehingga pukul 5 petang ini mencatatkan 135 iaitu di tahap
tidak sihat.


"Baginda telah menitahkan Piala Sultan Selangor 2015 dibatalkan kerana baginda
mengambil kira faktor kesihatan pemain, pengunjung serta seluruh rakyat di negeri ini.  

"Tuanku Sultan sentiasa memantau perkembangan keadaan jerebu dan rakyat di negeri
ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pengumuman mengenai bayaran balik tiket perlawanan akan dibuat
dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Abd Karim berkata perlawanan Piala Sultan Selangor tidak akan diadakan
tahun ini, malah akan diadakan tahun depan di mana lokasi penganjuran akan kekal di
Stadium Shah Alam.

Piala Sultan Selangor, yang bermula pada tahun 2001, dijadualkan pada pukul 9
malam ini, membabitkan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura.

Turut diadakan perlawanan antara pasukan Veteran Selangor dan Veteran Singapura di
gelanggang sama sejam sebelum itu.


Sebagai rekod, Pilihan Selangor telah menjuarai piala itu sebanyak tujuh kali iaitu pada
2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013 dan 2104 manakala Pilihan Singapura lima kali pada
2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011.
    
Pada edisi 2004, kedua-dua pasukan diisytiharkan sebagai juara bersama selepas seri 2-1
di Stadium Nasional Singapura. 


Sumber : Sinar Online

26 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Kualiti udara


KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 kawasan kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat tengah hari ini.    

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang masih merekodkan bacaan IPU tertinggi dengan bacaan 152, diikuti Pelabuhan Klang (146); Kota Tinggi (144); Shah Alam (139); Larkin Lama, Johor (138).
    
Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (134); Putrajaya dan Banting, Selangor (masing-masing 132); Bukit Rambai, Melaka (131); Kuala Selangor (130); dan Petaling Jaya (125).
    
Kawasan yang turut merekodkan IPU tidak sihat ialah Seremban (129); Muar (124); Port Dickson (123); Batu Muda (120); Cheras,(119) di Kuala lumpur; Nilai (118); Tanjung Malim (117); Langkawi (110); Bakar Arang, Alor Setar (109); USM, Kangar dan Alor Setar (masing-masing 107); Seberang Jaya (106); SMK Tanjung Chat, Kota Baharu (105); dan Seri Manjung (101).
    
Hanya dua kawasan direkodkan pada tahap sihat iaitu Wilayah Persekutuan Labuan (45) dan Limbang, Sarawak (36), manakala kawasan-kawasan lain bacaan IPU direkodkan pada tahap sederhana.
    
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).


Sumber : Sinar Online
    

Friday, October 23, 2015

Pembangkang Bantah Sifar Tol Di Sarawak Dan Sabah

Najib Tun Razak



KUALA LUMPUR - Perjalanan sidang Dewan di Parlimen hari ini terhenti sebentar apabila
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Lebuhraya Pan Borneo ‎bebas
daripada sebarang bayaran tol.


Najib mengumumkan perkara tersebut semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan 
Rakyat di Parlimen petang ini.



"Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1090km dijangka siap 
sepenuhnya pada tahun 2021 dengan anggaran kos sebanyak RM16.1 bilion.



"Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini akan mula dibina pada tahun 2016 meliputi 706 
kilometer bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos RM12.8 bilion.



"Sukacitanya saya berkongsi bahawa lebuhraya ini akan bebas daripada sebarang 
bayaran tol," katanya.



Keadaan tenang beransur keruh apabila barisan ahli Parlimen pembangkang menyuarakan
 rasa tidak puas hati masing-masing.



Suasana Dewan yang semakin kecoh menyebabkan perjalanan pembentangan Bajet 2016
 terhenti sebentar.



Najib mengambil masa beberapa ketika sebelum menyambung kembali pembentangan.



Sumber : Sinar Online

Pemberian Khas RM500 Kepada 1.6 Juta Penjawat Awam

Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.

"Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam.

Ini termasuk menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam, selain menambah baik 252 skim perkhidmatan yang bermanfaat kepada 406,000 penjawat awam.

"Kerajaan juga bersetuju menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan," katanya.

Selain itu, Najib berkata, kerajaan akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, yang akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion.

Tambah beliau, pegawai lantikan 'Perkhidmatan Kontrak" yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.

Kesemua pelaksanaan itu dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion akan berkuat kuasa 1 Julai 2016, katanya. 

22 Kawasan Tidak Sihat

Jerebu

KUALA LUMPUR - Sejumlah 22 kawasan direkodkan sebagai tidak sihat berbanding 27 kawasan malam tadi, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) turut menurun setakat 9 pagi ini. 
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terlibat ialah Alor Setar (167), Bakar Arang (172); Langkawi (168); SMK Tanjung Chat (123); Tanah Merah (113); Balok Baru (112), Indera Mahkota (105); Jalan Tasek (117), S K Jalan Pegoh (134); Kg Air Putih (125); Seri Manjung (138); Kangar (158); Perai (149); Seberang Jaya 2 (171), USM (161); Samarahan (104); Sri Aman (120); Kuala Selangor (128); Pelabuhan Klang (116); Kemaman (114); Kuala Terengganu (105) serta Paka (103).
Shah Alam pula kini berada pada paras sederhana (IPU 99) berbanding tidak sihat (125) malam tadi.
Kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Kota Tinggi (59); Larkin Lama (64); Muar (69); Pasir Gudang (80); Bandaraya Melaka (79); Bukit Rambai (81); Nilai (82); Port Dickson (75); Seremban (76); Jerantut (97); Keningau (56); Kota Kinabalu (51); Sandakan (52); Tawau (70); Bintulu (79); ILP Miri (59); Kapit (81); Kuching (98); Limbang (51); Miri (68); Sarikei (84); Sibu (84); Banting (91); Petaling Jaya (86); Batu Muda (98), Cheras (78) serta Putrajaya (87).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).


Sumber : Sinar Online

Pemberian BR1M 2016 Akan Dinaikkan

Bajet 2016

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini hari ini, berkata pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.
Beliau berkata satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang  berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.
"Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan memperuntukkan 5.9 bilion ringgit," katanya.    
Najib berkata bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, BR1M akan diteruskan.
"Saya tahu benar, ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan ini, kerana terbukti, bantuan Rakyat 1Malaysia tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka.

"Sehubungan yang demikian, selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga,
sukacitanya saya umumkan, jumlah BR1M  untuk tahun 2016 akan dinaikkan," katanya.
BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan
 rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan
RM3,000 dan ke bawah.
Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan
 ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Pada 2014 BR1M 3.0, bagi  isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan
daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke
atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada
RM250 kepada RM300.
BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga
RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650
untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran
iaitu pada Januari, Mei dan September.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000; kerajaan meningkatkan
kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur
21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan
 daripada RM300 kepada RM350. 


Sumber : Sinar Online

Shah Alam, Batu Muda Antara Kawasan Tidak Sihat

Jerebu


KUALA LUMPUR -  Shah Alam dan Batu Muda di sini antara  kawasan terbaru kembali merekod kualiti udara tidak sihat dengan masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 105 dan 101 setakat 2 petang ini.    

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedua-dua kawasan itu adalah antara 23 kawasan yang direkodkan sebagai tidak sihat petang ini, berbanding 22 kawasan pada pagi tadi.
   
Kawasan lain yang berada pada bacaan IPU tidak sihat ialah Alor Setar (145); Bakar Arang (157); Langkawi (153); SMK Tanjung Chat (120); Tanah Merah (109); Balok Baru, Kuantan (104); Jalan Tasek (112); S K Jalan Pegoh, Ipoh (125); Seri Manjung (134).
   
Tanjung Malim (109); Kangar (141); Perai (137), Seberang Jaya 2 (159); USM, Pulau Pinang (153); Samarahan (102); Sri Aman (117); Kuala Selangor (119); Pelabuhan Klang (110); Kemaman (112) serta Kuala Terengganu (105).

Indera Mahkota, Kuantan dan Paka, Terengganu kembali mencatat IPU sederhana, dengan masing-masing merekodkan 98 dan 100.   
   
Kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana adalah Kota Tinggi (70); Larkin Lama (73); Muar (70); Pasir Gudang (90); Bandaraya Melaka (83); Bukit Rambai (90); Nilai (91); Port Dickson (82); Seremban (85); Jerantut (98); Keningau (56); Kota Kinabalu (55); Sandakan (52).
   
Tawau (76); Bintulu (77); ILP Miri (57); Kapit (79); Kuching (96); Limbang (52); Miri (66); Sarikei (83); Sibu (84); Banting (93); Petaling Jaya (93); Cheras, Kuala Lumpur (84); serta Putrajaya (91).
   
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).


Sumber : Sinar Online
   

Tuesday, October 20, 2015

Tiga Penerbangan Dibatalkan Hari Ini


Jerebu

IPOH - Tiga penerbangan keluar di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini dibatalkan berikutan jarak ketampakan yang rendah akibat jerebu hari ini.

Pengurus Lapangan Terbang LTSAS, Mohd Ali Osman juga berkata dua penerbangan yang sepatutnya mendarat di LTSAS dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang manakala penerbangan Firefly dari Singapura ke sini dibatalkan. 

Beliau berkata penerbangan keluar yang dibatalkan itu membabitkan dua pesawat Fire Fly, masing-masing ke Singapura pada pukul 11.35 pagi dan Johor Baharu pukul 12.05 tengah hari serta Malindo Air ke Singapura pukul 12.20 tengah hari.

Mohd Ali berkata tiga penerbangan itu terpaksa dibatalkan susulan jarak ketampakan hanya 1,000 meter pada pukul 12 tengah hari dan 1,200 meter pada 1 tengah hari.

"Penerbangan Fire Fly FY3543 ke Singapura membabitkan 37 penumpang, penerbangan FY2253 pula 52 orang manakala Malindo Air OD821 seramai 126 penumpang.

"Semua penumpang telah dimaklumkan lebih awal berhubung pembatalan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata syarikat penerbangan Fire Fly menyediakan bas untuk membawa penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala Malindo Air membuat bayaran balik kepada penumpang.

Sementara itu, Mohd Ali berkata dua penerbangan yang dilencongkan ke Subang ialah Malindo Air OD820 dan Fire Fly FY2252 yang sepatutnya tiba di LTSAS pada 11.25 pagi.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata penerbangan Fire Fly yang sepatutnya bertolak dari Singapura dan tiba di LTSAS pukul 11.15 turut dibatalkan. - Bernama


Sumber : Sinar Online

Jerebu: Selangor, Putrajaya, KL Ditutup Esok

Jerebu

SHAH ALAM - Semua sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur  manakala sekolah di beberapa kawasan di Sarawak, Perak dan Kedah diarah tutup pada esok, 21 Oktober.


Sumber : Sinar Online

23 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Jerebu


SHAH ALAM - Kualiti udara di 23 kawasan terus merosot petang ini dengan jumlah  kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di mana Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 178 setakat 4 petang ini.


Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 23 kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah  115 Tawau (115); Kuala Terengganu (112); Jerantut (115); Bandaraya Melaka (101); Port Dickson (113); Seremban (107); Nilai (104); Banting (132); Putrajaya (117).



Cheras (108); Batu Muda (127); Shah Alam (157); Kuala Selangor (141); Tanjung Malim (119); Seri Manjung (124); SK Jalan Pegoh , Ipoh (127); Jalan Tasik (120); Kg Air Puteh Taiping (103); USM (106) dan Alor Setar (masing-masing 106) ; Seberang Jaya( 112); dan Sungai Petani (118)



Sementara sebanyak 25 kawasan pula merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya ialah Kemaman dan Samarahan (masing-masing 96) , Sri Aman (95) , Kuching (91) dan Kangar (89)



Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).


Sumber : Sinar Online

Ajar Kanak-Kanak Merokok, Minum Arak


Ajar kanak-kanak merokok, minum arak

MADRID - SEPANYOL. Rakaman yang menunjukkan seorang kanak-kanak diajar menghisap rokok dan meminum arak viral hari ini.


Menurut Dailymail, kejadian dipercayai berlaku di Sepanyol dan melibatkan dua orang lelaki warganegara Romania dan seorang kanak-kanak lelaki.



Salah seorang lelaki tersebut meletakkan rokok di bibir kanak-kanak terbabit dan menyalakannya.



"Barulah lelaki sejati!," kata lelaki berkenaan sambil ketawa.



Tak cukup dengan itu, kanak-kanak tersebut diberikan segelas arak dan meminumnya.



Video berkenaan dimuatnaik oleh seorang pelayar warganegara Romania di Facebook dan meminta pelayar mengenalpasti mereka yang terlibat.



"Kalau lelaki ini ayah kanak-kanak itu, dia akan hilang hak penjagaan. Badan kebajikan tolong bertindak!" kata seorang pelayar.



Seorang pelayar, Mihaela Stanciu mencadangkan supaya mereka yang ingin memiliki anak supaya menjalani ujian.



"Kalau lulus, mereka boleh memiliki anak. Kalau mereka gagal, mereka tidak boleh memiliki anak. Kalau tidak, dunia ini akan penuh dengan orang gila," kata Stanciu.


Sumber : Sinar Online

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau

Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah malam tadi dan gegaran turut dirasai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia, gempa bumi berukuran 3.4 pada skala‎ Richter berlaku pada 9.17 malam.

Sementara itu satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina, kira-kira 184km barat laut San Hose dan 883 timur laut Kudat, Sabah pada 9.50 malam.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.


Sumber : Sinar Online

Ribut Tropika Punca Jerebu Kembali Teruk

Jerebu


KUALA LUMPUR -  Keadaan berjerebu yang kembali teruk sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan kehadiran ribut tropika Koppu dan Champi di Filipina yang mempengaruhi corak tiupan angin di rantau ini.        

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata, keadaan itu menyebabkan angin yang bertiup lemah dari pelbagai hala sebelum ini,  kembali bertiup dengan kelajuan sederhana dari arah barat daya yang membawa bersama jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera, Indonesia ke Semenanjung Malaysia, manakala jerebu dari kawasan kebakaran Selatan Kalimantan pula ke Sarawak.



Keadaan jerebu rentas sempadan yang melanda negara kini dijangka berakhir sekiranya tiada lagi ribut tropika yang boleh mempengaruhi corak tiupan angin dan menyebabkan cuaca kering atau apabila bermulanya musim tengkujuh awal November ini, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Che Gayah berkata, memandangkan jarak ketampakan kini seperti  memandu di dalam hujan yang sederhana, para pemandu perlu sentiasa berhati-hati.


Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan pula berkata portal apims.doe.gov.my tergendahala dari pagi tadi sehingga 1 tengah hari adalah kerana jumlah pengunjung yang meningkat dengan 3,000 pengunjung dalam masa tiga minit.

Orang ramai boleh hubungi bilik kawalan JAS di 1800882727 jika portal itu tergendala lagi untuk maklumat mengenai jerebu, katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar dan jika terpaksa keluar rumah, pemakaian topeng harus dilakukan sebagai langkah mengelakkan terkena penyakit akibat jerebu.


Setakat 5 petang ini, 17 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Seremban masih mencatatkan IPU tertinggi iaitu 194 diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (165); Banting, Selangor (164); Tawau, Sabah dan Nilai, Negeri Sembilan (masing-masing 157).

Kawasan lain termasuk Bukit Rambai, Bandaraya Melaka dan Putrajaya masing-masing 154.



Sebanyak 26 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana termasuk Kota Tinggi, Pasir Gudang di Johor, Alor Setar dan Langkawi di Kedah, Jalan Tasek, Ipoh dan Seri Manjung di Perak, Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, Bintulu dan Samarahan di Sarawak serta Kuala Terengganu.

Tujuh lagi kawasan dilaporkan baik setakat ini antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chat, Kota Bharu dan Tanah Merah di Kelantan, Keningau dan Sandakan di Sabah, Institut Latihan Perindustrian Miri dan Limbang di Sarawak serta Labuan.




Sumber : Sinar Online

Monday, October 19, 2015

Komunikasi Terakhir MH 17 Didedah

KUALA LUMPUR 'ROMEO NOVEMBER DELTA, Malaysia one seven' merupakan komunikasi terakhir antara juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan pusat kawalan radar, Dnipro (DNP) di Ukraine sebelum pesawat itu terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Menurut laporan awal Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) berhubung insiden itu, DNP mengeluarkan arahan kepada 
MH17 untuk bergerak ke arah 'ROMEO NOVEMBER DELTA' disebabkan masalah trafik di ruang udara timur Ukraine.

Jelas laporan berkenaan, komunikasi daripada kokpit pesawat MH17 itu dibuat pada pukul 13:19:56 (UTC) tetapi pada pukul 13:20:00 sehingga 13:22:02, DNP gagal menerima maklum balas daripada pesawat MAS itu untuk arahan selanjutnya.

Tambah laporan terbabit, sebelum komunikasi radio antara kokpit dan DNP terputus, pesawat MH17 terbang pada ketinggian yang dibenarkan iaitu 33,000 kaki di udara di Kawasan Larangan Sementara yang ditetapkan oleh pihak berkuasa penerbangan Ukraine, UkSATSE menerusi perkhidmatan NOTAM untuk pengetahuan juruterbang tentang laluan berisiko.

"UkSATSE menguatkuasakan Kawasan Larangan Sementara daripada ketinggian 26,000 kaki sehingga 32,000 kaki di kawasan timur Ukraine bermula 14 Julai 2014 sehingga 14 Ogos 2014, tetapi larangan itu tidak dikenakan ke atas pesawat komersial Ukraine," kata laporan itu.

Dalam pada itu, DSB menjelaskan, siasatan ke atas kotak hitam pesawat MH17 mendapati tiada bunyi amaran atau kecemasan terhadap kegagalan sistem pesawat dirakamkan oleh Perakam Suara Kokpit (CVR) dan komunikasi antara krew penerbangan juga tidak menunjukkan kecuaian atau situasi kecemasan berlaku dalam pesawat.

Tambahnya, rekod bacaan parameter enjin juga konsisten dengan operasi biasa semasa penerbangan selain sistem enjin atau penerbangan tidak mengeluarkan sebarang tanda kecemasan.

"Maklumat Perakam Data Penerbangan (FDR) menunjukkan tiada masalah teknikal atau amaran dikeluarkan sepanjang penerbangan pesawat MH17.

"Kedua-dua alat perakam itu berhenti beroperasi pada pukul 13:20:03," kata laporan itu.

Sekolah Di 5 Negeri, 3 Daerah Tutup Hari Ini

Jerebu


KUALA LUMPUR Sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan diarah tutup hari ini susulan kualiti udara semakin merosot.
   
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam catatan terkini di Facebook berkata kementeriannya memutuskan demikian setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan semakin meningkat.
   
Katanya bagaimana pun peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional akan diteruskan di bawah 'Ops Topeng'.
   
Sehingga 6 semalami, dua lagi kawasan iaitu Tanjung Malim dan Cheras mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, menjadikan jumlah keseluruhan 16 kawasan berada dalam keadaan tidak sihat.
   
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU bagi Tanjung Malim, Perak ialah 102 manakala Cheras, Kuala Lumpur (105).
   
Sebanyak 14 kawasan masih berada pada paras tidak sihat sejak 2 petang iaitu Bandaraya Melaka (122) dan Bukit Rambai (116), Melaka; Nilai (120), Port Dickson (111) dan Seremban (121), Negeri Sembilan; Tawau (135), Sabah; Kuching (101) dan Samarahan (110), Sarawak; Banting (124), Pelabuhan Klang (116), Petaling Jaya (110) dan Shah Alam (111), Selangor; Batu Muda (121), Kuala Lumpur; serta Putrajaya (116).


Sumber : Sinar Online
   

Muar, Balok Catat IPU Tidak Sihat

Jerebu

KUALA LUMPUR - Muar dan Balok Baru di Kuantan merupakan dua kawasan terbaru yang dikesan mengalami Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, masing-masing dengan IPU 106 dan 104.
 
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU bagi Tanjung Malim dan Kuching yang berada dalam kategori tidak sihat setakat 6 petang tadi, kembali ke paras sederhana malam ini, iaitu masing-masing 100 dan 97.
 
Empat belas kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat malam tadi ialah  Bandaraya Melaka (132), Bukit Rambai (123), Nilai (129), Port Dickson (121), Seremban (133), Tawau (146), Samarahan (106), Banting (136), Pelabuhan Klang (124), Petaling Jaya (117), Shah Alam (119), Batu Muda (126), Cheras (114) dan Putrajaya (129).
 
Sebanyak 26 kawasan merekodkan IPU sederhana termasuk Kota Tinggi (68), Larkin Lama (100), Alor Setar (57), Langkawi (52), Indera Mahkota (90),  Seri Manjung (91), Perai (67), Bintulu (70), Sarikei (83), Kuala Selangor (92), Kemaman (97), Kuala Terengganu (55) dan Paka (81).
 
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). 


Sumber : Sinar Online

Sunday, October 18, 2015

14 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 2 Petang

Jerebu


KUALA LUMPUR - Kualiti udara dilapor semakin merosot apabila tujuh lagi kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, menjadikan jumlah keseluruhan 14 kawasan yang mencatat bacaan tidak sihat  setakat 2 petang ini.
   
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Nilai yang mencatatkan bacaan IPU 108; Seremban (106); Shah Alam (104); Putrajaya (103); Port Dickson (103); Petaling Jaya (101) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (107).
   
Tujuh lagi kawasan kekal mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan tertinggi di Tawau, Sabah iaitu 123; Pelabuhan Klang (112); Bandaraya Melaka (115); Banting, Selangor (112); Samarahan, Sarawak (109); Bukit Rambai, Melaka (108) dan Kuching (101).
   
Sementara itu, sebanyak 27 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Sri Aman, Sarawak (100); Tanjung Malim, Perak (91); SK Jalan Pegoh, Ipoh dan Balok Baru, Kuantan (90); Larkin Lama, Johor (87) dan Kuala Selangor (83).
   
Sebanyak 11 kawasan kekal mencatatkan bacaan baik antaranya Langkawi (48); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (45); Kangar, Perlis (38); Tanah Merah, Kelantan (35); Kota Kinabalu (34); Miri, Sarawak (34) dan Sandakan, Sabah (32).
   
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
   


Sumber : Sinar Online

Dua Penerbangan Dibatalkan Di Tawau

Jerebu

KOTA KINABALU - Dua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan
akibat jarak ketampakan yang terhad berikutan jerebu pagi ini.

Pengurus lapangan terbang itu, Yaakob Abu Bakar berkata sektor terlibat ialah Kota Kinabalu-
Tawau-Kota Kinabalu membabitkan penerbangan MASWings dan Malaysia Airlines.

Yaakob berkata tiga penerbangan pelepasan dan ketibaan turut mengalami kelewatan iaitu Kota
Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur-Tawau-Kuala Lumpur membabitkan
penerbangan MASWings serta AirAsia.

"Lapangan terbang ini ditutup pada jam 8 pagi berikutan keadaan jerebu yang mengehadkan
jarak ketampakan dan dibuka semula pada 10 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di
sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya keadaan di Lapangan Terbang Tawau masih terkawal, namun pihak
lapangan terbang dengan kerjasama Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Meteorologi akan
terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Setakat 2 petang, Indeks Pencemaran Udara di Tawau mencatat bacaan 123, iaitu kualiti udara
tidak sihat.


Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sunif Naiman berkata penerbangan
MASWings MH2121 ke Tawau dari Kota Kinabalu pagi ini berpatah balik akibat jerebu, namun,
dilencongkan pula ke Brunei berikutan hujan di Kota Kinabalu.


Setakat ini, waktu ketibaan pesawat itu dari Brunei ke Kota Kinabalu masih belum diketahui, katanya.  


Sumber : Sinar Online

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Kualiti udara


KUALA LUMPUR - Tiga lagi kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat menjadikan keseluruhan tujuh kawasan setakat 8 pagi ini.
    
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Pelabuhan Klang, Selangor dengan bacaan 107, selain Banting juga di Selangor dan Tawau, Sabah masing-masing mencatat bacaan 106 berbanding IPU sederhana malam tadi di ketiga-tiga kawasan tersebut.
   
Empat lagi kawasan kekal mencatatkan kualiti udara merosot sejak semalam ialah Samarahan (111) dan Kuching (102) di Sarawak serta dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (109) dan Bukit Rambai (102).
    
Sementara itu, sebanyak 32 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Nilai, Negeri Sembilan (96); Sri Aman di Sarawak dan Port Dickson serta Seremban, Negeri Sembilan masing-masing 95; Shah Alam, Selangor (93); Petaling Jaya, Selangor (90); Tanjung Malim, Perak (85) dan SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (84).
    
Kualiti udara di ibu negara mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 95 di Batu Muda, Cheras (86) dan di pusat pentadbiran Putrajaya (96).     
    
Sebanyak 13 kawasan pula mencatatkan bacaan baik antaranya Kapit, Sarawak (49); Kuala Terengganu, Terengganu (48); Langkawi, Kedah (44); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan (43); Kangar, Perlis (37); Sandakan, Sabah (34) dan Miri, Sarawak (33).
    
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).


Sumber : Sinar Online

Kedudukan Ahli Parlimen PAS Berubah Isnin Ini

Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang Isnin ini akan menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang berikutan rentetan persitiwa dalam senario politik kebelakangan ini.

Kedudukan barisan ahli Parlimen Pas, yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini telah berubah dari Blok I ke Blok G dan ada yang di Blok F.

Sebelum ini, semasa bersama dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berserta beberapa pemimpin kanan parti itu diletakkan bersama dengan kepimpinan parti PKR dan DAP di Blok I, mengikut rajah tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuatkan dalam laman web Parlimen Malaysia www.parlimen.gov,my.

Tempat duduk Pas kini telah diisi oleh parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas, yang kini telah bergabung dengan PKR dan DAP dan menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.

Naib Pengerusi parti itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) kini duduk sebaris dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan ketua pembangkang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Blok I, iaitu di I-3.   

Turut berada dalam Blok I tersebut adalah ahli jawatankuasa parti itu Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), ahli jawatankuasanya Khalid Abd Samad (Amamah-Shah Alam), ketua wanitanya Siti Mariam Mahmud (Amanah-Kota Raja) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu).

Seorang lagi ahli parti itu iaitu ahli jawatankuasa parti itu, Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) ditempatkan di Blok H sebaris dengan Timbalan Pengerusi PKR, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Pas kini hanya mempunyai 14 ahli Parlimen berbanding 21 sebelum ini.

Selain ahli Parlimen Pas yang menyertai Amanah, seorang lagi ahli Parlimen Pas dari Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar telah menyertai PKR pada 11 September lepas.


Sementara itu, ahli Parlimen DAP veteran, Dr Tan Seng Giaw kini telah dipindahkan ke Blok F. Sebelum ini, beliau adalah antara ahli Parlimen DAP yang ditempatkan bersama pemimpin kanan parti pembangkang di Blok I.   


Kedudukan tempat duduk ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat turut berubah berikutan pengguguran lima anggota Parlimen BN daripada Kabinet pada rombakan 28 Julai lepas.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri kini ditempatkan di barisan pertama Blok A sebelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Muhyiddin diletakkan di barisan pertama Blok E, bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Turut ditempatkan di Blok E ialah bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas presiden MIC dan bekas menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan bekas menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Tempat Palanivel sebelum ini di Blok A, diganti oleh Presiden MIC baharu, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan.   

Sementara kedudukan kerusi barisan menteri yang baharu dilantik turut berubah termasuk Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar).

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan), Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).

Selain beberapa perubahan dengan pelantikan baru jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir anak Kujat, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh anak Gumbek.


Selain itu, muka baharu dalam Dewan Rakyat terdiri daripada Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Senator Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan.

Persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini akan berjalan selama 25 hari dijangka hangat dengan pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini oleh Najib serta isu-isu semasa.   

Najib juga dijangka mengemukakan usul untuk menamakan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baharu bagi menggantikan Nur Jazlan yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Dalam pada itu, laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka dibentangkan pada persidangan kali ini berikutan kemungkinan ia akan diadakan awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dipetik sebagai berkata pembentangan laporan itu bagi membolehkan 11 kerusi Dun yang baharu diwujudkan, mendapat kelulusan dan diwartakan, sekali gus menjadikan keseluruhannya 82 kerusi Dun dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11.

Dalam pada itu, lima rang undang-undang dijadual untuk dikemukakan bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2016, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Syarikat 2015 dan
dan Rang Undang-Undang Skim Kepentingan 2015.

Empat lagi rang undang-undang yang dibawa dari mesyuarat lepas turut disenarai untuk dikemukakan bagi bacaan kali kedua iaitu Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, Rang undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014.



Sumber : Sinar Online

JDT Yakin Julang Piala AFC

JDT
 Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim yakin pasukannya mampu menjulang Piala AFC, namun, memerlukan usaha keras ketika berdepan FC Istiklol pada aksi final, di Dushanbe, Tajikistan, 31 Oktober ini.‎

Safiq berkata buat masa ini motivasi semua pemain berada pada tahap tinggi dan tidak mustahil mampu merangkul kejuaraan sekiranya mematuhi percaturan Ketua jurulatih, Mario Gomez.

"Bagi saya, kita (JDT) tidak mempunyai masa untuk rehat. Kita kena lebih bekerja keras, mengikut 100 peratus yang diajar jurulatih dan saya percaya JDT boleh membawa pulang Piala AFC," katanya.

Safiq ditemui pemberita selepas aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi yang menyaksikan JDT mudah membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 4-0.

JDT mencipta sejarah menjadi pasukan negara pertama layak ke final Piala AFC sejak ia diperkenalkan pada 2004 dan skuad itu bersama FC Istiklol layak secara automatik selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA).

Ia susulan keputusan kerajaan Kuwait yang mahu melaksanakan undang-undang sukan baharu yang mengancam autonomi KFA sebagai badan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Menurut Safiq, JDT sudah banyak berkorban untuk berada pada tahap sekarang dan percaya pasukan itu juga mampu mencatat kemenangan di halaman sendiri sekiranya perlawanan berdepan Al-Qadsia SC yang sepatutnya berlangsung Selasa ini, tidak dibatalkan.

"Sekarang,  ita sudah dapat peluang ke final dan kita tidak pernah masuk ke peringkat seumpama ini. Kita mahukan sesuatu yang kita tidak pernah dapat, jadi, kita mahukan piala itu," katanya sambil meminta seluruh penyokong bola sepak mendoakan kejayaan pasukan itu.

Safiq berkata skuad Harimau Selatan dijangka berlepas ke Dushanbe, Tajikistan, selepas perlawanan menentang Sarawak pada saingan Kumpulan B Piala Malaysia, 26 Oktober depan.

Katanya pasukan itu tidak mempunyai masalah cuaca untuk beraksi menentang FC Istiklol kerana semua pemain sudah mempunyai pengalaman dan tumpuan hanya dipersiapkan dari segi mental serta fizikal. 


Sumber : Sinar Online

JDT Lakar Sejarah Ke Final Piala AFC

JDT


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah apabila berpeluang beraksi di pentas final Piala
 AFC selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Persatuan Bola Sepak
Kuwait (KFA) semalam.


Keputusan itu menyaksikan tiada pasukan dari Kuwait dibenarkan beraksi di pentas antarabangsa 
termasuk juara bertahan Piala AFC, Qadsia SC yang akan menentang JDT pada separuh akhir
 kedua di Stadium Larkin, Johor Baharu, Selasa ini.



Selain itu, sebuah lagi kelab dari negara itu, Kuwait SC tidak dapat meneruskan cabaran pada
 separuh akhir kedua Piala AFC apabila dijadual menentang kelab dari Tajikstan, FC Istiklol di
 Dushanbe, Rabu ini.



Berikutan keputusan itu, JDT kini akan menentang FC Istiklol di final pada 31 Oktober ini, 
demikian menurut laman Facebook rasmi pasukan Harimau Selatan hari ini.



Pada separuh akhir pertama 29 September lepas, Qadsia SC mengalahkan JDT 3-1 di 
Stadium Kelab Kuwait manakala Kuwait SC mengalahkan FC Istiklol 4-0 pada hari berikutnya 
di venue yang sama.



"Tahniah kepada JDT kerana melakar sejarah menjadi wakil pertama negara tampil di perlawanan
 final Piala AFC.



"Ini adalah peluang hebat untuk pasukan dan penyokong Harimau Selatan menyaksikan JDT 
mencipta sejarah sekali lagi dalam perjalanan bola sepak mereka," menurut kelab itu.



Menurut kenyataan rasmi FIFA dalam laman sesawang badan itu, www.fifa.com, penggantungan
 itu berkuat kuasa serta-merta susulan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 24 dan 25 
Sept lepas.



"Penggantungan itu akan hanya ditarik balik apabila KFA dan ahli-ahlinya (kelab) dapat 
menjalankan aktiviti dan tanggungjawab mereka secara bebas.



"Hasil daripada keputusan ini, tiada pasukan dari Kuwait termasuk kelab boleh mempunyai 
sebarang hubungan sukan antarabangsa mahupun KFA atau mana-mana anggotanya atau 
pegawainya boleh mendapat manfaat daripada sebarang program pembangunan, kursus 
atau latihan daripada FIFA atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)," katanya. 


Sumber : Sinar Online

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078