Pages

Wednesday, September 30, 2015

Jerebu Jejas Operasi Di Lapangan Terbang Kerteh

Jerebu


KEMAMAN - Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Kerteh, Kemaman kembali terjejas akibat jerebu sejak Isnin lalu berikutan jarak ketampakan yang semakin merosot.

Pengurus Komunikasi dan Pehubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur Zamri Mohamad berkata keadaan itu menyebabkan penerbangan dua syarikat komersial yang beroperasi di lapangan terbang tersebut iaitu Malindo Air dan FireFly serta operasi helikopter yang membawa kru luar pantai syarikat minyak dan gas di daerah tersebut turut terjejas dan terpaksa ditangguh.


"Sejak Isnin lalu, sebanyak 11 penerbangan helikopter terjejas setiap hari membabitkan pertukaran kru lebih 300 orang, menyebabkan operasi penerbangan Malindo Air dan Firefly terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang di Kuantan dan Kuala Terengganu.

"Lapangan terbang ini ditutup pada pukul 2 petang hari Isnin apabila jarak ketampakan merosot di bawah 1,000 meter dan kembali dibuka hanya untuk penerbangan bersyarat pada pagi Selasa apabila jarak ketampakan pulih kepada 1,000 meter," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zamri berkata bagaimanapun lapangan terbang tersebut kembali ditutup pada pukul 11 pagi apabila jarak ketampakan bertambah teruk dan hanya mencecah 200 meter pada pukul 4 petang pada Selasa.

"Kini hanya penerbangan bersyarat dibenarkan apabila jarak ketampakan mencecah 1,000 meter seperti yang dibenarkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan atas nasihat Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Kalau jarak ketampakan di pelantar membenarkan helikopter mendarat, barulah kita di Lapangan Terbang Kerteh membenarkan helikopter melakukan penerbangan dan kalau tidak selamat untuk mendarat, kita tak akan benarkan helikopter untuk membuat penerbangan," katanya.

Zamri berkata sehingga pukul 4 petang hari ini, jarak ketampakan ialah 400 meter dan atas nasihat DCA, pihaknya tidak membenarkan penerbangan dan pendaratan dilakukan sebab ia tidak selamat dan pihaknya sentiasa memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

"Bagi penumpang penerbangan komersial, mereka boleh menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mengetahui status penerbangan mereka," katanya.

Lapangan Terbang Kerteh telah ditutup pada 15 dan 16 Sept lalu apabila jarak ketampakan merosot di bawah 1,000 meter. - Bernama

Laporan IPU Sahaja Tidak Memandai

‘Laporan IPU sahaja tidak memadai’


SHAH ALAM – Sudah lebih 20 tahun negara berdepan dengan masalah pencemaran jerebu, tetapi kerajaan sekadar memaparkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tanpa langkah pencegahan berkesan lain, kata Pensyarah Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmad Ismail.

Beliau mempersoalkan persiapan kerajaan dari segi teknologi dalam menangani kebakaran tanah gambut.

“Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ada jawatankuasa khas jerebu. Apa pencapaian mereka sejak 20 tahun ini? Dalam tempoh dua dekad ini, kita sepatutnya dah boleh buat satu teknologi untuk bantu tangani kebakaran tanah gambut.

“Kita kena bantu Indonesia sebab kesannya kepada Malaysia. Isu pencemaran merentas sempadan perlu ada undang-undang serantau,” katanya.

Berkenaan rekod bacaan IPU yang tidak menggambarkan fenomena jerebu sebenar, beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia itu berkata, banyak faktor persekitaran di lokasi tertentu mempengaruhi IPU.

“Kita perlukan data tentang jerebu diperincikan lagi kepada saiz partikel dan bahan kimia di udara. Bayangkan apabila hutan dan tanah terbakar, apakah bahan kimia yang akan terhasil dan dibawa bersama wap air dan partikel ke udara tambahan pula pembakaran berlaku di kawasan tercemar.

“Kerajaan perlu beri penjelasan mantap dan terperinci kepada masyarakat dalam isu IPU melebihi kesan rumah hijau dan saiz partikel kerana maklumat yang kurang ini menyebabkan imej dan integriti kerajaan dipersoalkan,” katanya.


Beliau cadangkan semua pihak berkaitan memainkan peranan agar integrasi maklumat daripada pelbagai jabatan dan kerajaan melibatkan pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) disegerakan.

“Sebab itu saya cadangkan semua data dari Jabatan Meteorologi (MET), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Pertanian disepadukan dan dianalisis untuk memberikan maklumat sebenar kepada rakyat. Mungkin kerjasama penyelidik tempatan dan Indonesia boleh menjalin kerjasama dalam kajian tentang jerebu.

“Jabatan Meteorologi sepatutnya boleh bantu jangkaan, jerebu sahaja hanya yang dapat dilihat tapi bahan lain itulah bahaya. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), NRE dan Kementerian Kesihatan perlu duduk bersama yang dipengerusikan timbalan perdana menteri,” katanya.

Ahmad berkata, fenomena jerebu terkini menyebabkan cahaya 80 kali kurang daripada normal mengakibatkan proses fotosintesis tidak dapat dilakukan dengan baik.

“Produktiviti hasil pertanian menurun apabila aktiviti fotosintesis berkurangan akibat kurang cahaya matahari, gas beracun dan lain-lain.

“Kalau banjir ada peruntukan khas, untuk penyelidikan jerebu perlu (juga) ada. Semua makmal yang berkeupayaan menjalankan kajian pencemaran udara termasuk analisis bahan kimia dan saiz partikel menyumbang kepada data NRE,” katanya.


Sumber : Sinar Online

Jerebu Pelancong Disarankan Kurangkan Aktiviti Luar

Jerebu


MELAKA - Pelancong disaran mengurangkan aktiviti luar ketika keadaan berjerebu melanda negara bagi mengelak kesihatan mereka terjejas, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya, keadaan jerebu sedikit sebanyak memberi kesan kepada sektor pelancongan negara dan kedatangan pelancong didapati agak berkurangan berbanding sebelum ini.

"Namun, ada pelancong yang masih meneruskan percutian mereka mengikut jadual pelancongan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama di sini.

Sehubungan itu, beliau turut menggalakkan pelancongan agar mengadakan lebih banyak aktiviti dalam bangunan serta menasihatkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka ketika berada di luar.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat 9 pagi sebanyak 18 kawasan mencatat IPU tidak sihat di seluruh negara dengan IPU tertinggi dicatat di Bukit Rambai di sini iaitu 150, diikuti Port Dickson di Negeri Sembilan (142). - Bernama


Sumber : Sinar Online

UTM Tubuh Stesen Sementara Pantau Kualiti Udara

UTM tubuh stesen sementara pantau kualiti udara

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menubuhkan stesen sementara
pemantauan kualiti udara bertujuan untuk membantu warga kampus mengetahui keadaan
sebenar jerebu.
  
Pengarah Kampus Pelestarian UTM Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berkata satu
pasukan bertindak jerebu turut dibentuk di peringkat universiti diketuai oleh Pemangku
Naib Canselor Prof Dr Azlan Abd Rahman.
  
Beliau berkata tujuan penubuhan stesen berkenaan memandangkan stesen terdekat iaitu
Larkin Lama terletak kira-kira 13 kilometer dari universiti.
  
"Stesen ini yang menggunakan dua alat pemantauan udara akan merujuk silang bacaan
dari Stesen Larkin Lama yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar dan Stesen Singapura
Utara," katanya kepada pemberita selepas melakukan demonstrasi penggunaan alat
pemantauan udara di padang utama, UTM, Skudai dekat sini, hari ini.
  
Mohd Fadhil berkata, stesen yang mula beroperasi semalam, menggunakan dua alat iaitu
 alat pengukur kewujudan zarah dalam udara dan alat pengukur elemen dalam gas.
  
Beliau berkata, data dikumpul setiap sejam dan kemudiannya rumusan akan dihantar
kepada pasukan bertindak jerebu, yang akan menyelaras hebahan dan mekanisme respons
tindakan.
  
"Hasil pemantauan ini akan dikumpul dan dikemukakan kepada kerajaan sebagai cadangan
untuk menambah baik pemantauan udara negara pada masa depan," kata Mohd Fadhil.


Sumber : Sinar Online

Tiupan Angin dari Timur Dijangka Kurangkan Jerebu

iupan angin dari timur dijangka kurangkan jerebu


PUTRAJAYA - Keadaan jerebu rentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang dialami Malaysia sekarang dijangka berkurangan apabila negara diramal menerima tiupan angin dari arah Timur mulai awal Oktober ini.

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini, keadaan itu akan menyebabkan kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung dan bahagian Barat Sarawak menerima hujan pada waktu petang dan senja.

"Keadaan ini diharap dapat mengurangkan keadaan jerebu yang dialami sekarang," kata kementerian dalam kenyataan di sini.

Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpangkalan di Singapura, sebanyak 99 titik panas dikesan di Indonesia pada Selasa dengan masing-masing 50 di Kalimantan dan 49 lagi di Sumatera.

Tiada titik panas dikesan di Malaysia.   

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati sehingga 27 September lepas,  sebanyak 3,427 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 597 melibatkan kawasan hutan, kawasan pertanian (1,197), kawasan industri (19), kawasan pembinaan (67), tapak pelupusan sampah (94), kawasan belukar (689) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (764).

Bagi tempoh sama, sebanyak 216 kes pembakaran terbuka telah dikenakan tindakan kompaun, 15 kes dikeluarkan Notis Arahan, 41 kes dikeluarkan Surat Arahan manakala 23 kes lagi disediakan kertas siasatan untuk tindakan mahkamah. - Bernama



Sumber : Sinar Online

Jerebu Kenakan Hukuman Berat Elak Berulang

Jerebu


SHAH ALAM – Masalah jerebu yang melanda teruk negara ini perlu ditangani dengan serius melalui penguatkuasaan undang-undang dan hukuman tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.


Naib Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, situasi sama berulang setiap tahun namun tindakan diambil masih di peringkat sederhana.


“Pemuda Pas mahu usaha menangani masalah jerebu tidak terhad dalam kerangka diplomatik dan penggubalan polisi baru sebaliknya serius ke arah penguatkuasaan undang-undang dan hukuman tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat.


“Kelestarian alam sekitar tidak harus dicabul sehingga memudaratkan rakyat. Cabaran jerebu hampir saban tahun, namun tindakan bersepadu yang diambil setakat ini masih berada pada peringkat yang sederhana. Masih banyak ruang yang perlu dilaksanakan untuk memastikan isu ini tidak berulang kembali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Kerajaan Indonesia meminta Malaysia dan Singapura memahami usaha republik itu menangani isu jerebu yang semakin serius.


Ketua Staf Pejabat Presiden, Teten Masduki dipetik melalui portal-portal berita tempatan berkata, jerebu tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana kawasan kebakaran di ladang kelapa sawit dan tanah gambut itu sangat luas.


Sejak bertahun-tahun, Malaysia dan Singapura terpaksa berdepan dengan masalah jerebu yang teruk akibat kegagalan Indonesia menghentikan jerebu berasap yang berlaku di negaranya.


Sehubungan itu, Khairil Nizam berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan saman dan arahan sekatan operasi terhadap mana-mana syarikat perniagaan yang terlibat dalam kebakaran hutan di Indonesia sehingga memperjudikan kepentingan awam.
“Hukuman yang berat harus setimpal dikenakan dengan jenayah alam sekitar yang
 dilakukan bagi memastikan isu ini tidak berlaku lagi. Malah, tidak keterlaluan
sekiranya Malaysia selaku Pengerusi Asean menggesa Indonesia untuk meratifikasi
Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada tahun ini
juga sebagai komitmen padu untuk melindungi kepentingan negara-negara anggota

“Pada masa yang sama, DPPM juga turut terkilan dengan penangguhan kali
kedua agenda pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara
Malaysia dan Indonesia untuk menangani cabaran jerebu serantau yang sepatutnya
ditandatangani pada 25 September lalu,” katanya.

Singapura dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang yang boleh membawa
kepada hukuman denda berat terhadap syarikat Indonesia yang bertanggungjawab
membakar ladang dan hutan sehingga menyebabkan tahap kualiti udara tidak sihat di
sekitar bandar raya negara itu.  

Kerajaan Singapura dalam satu kenyataannya kelmarin berkata, lima buah syarikat
 Indonesia termasuk syarikat multinasional, Asia Pulp and Paper (APP) bakal menerima
notis tindakan undang-undang.

Sumber : Sinar Online

DCA Jabatan Laut Perlu Kemuka Laporan Kesan Jerebu

Liow Tiong Lai


PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Jabatan Laut supaya mengemukakan laporan
harian mengenai jerebu kepada beliau.
    
Katanya beliau memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua jabatan itu untuk
menyusun laporan berkenaan untuk dibentangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang.
     
Tiong Lai berkata laporan itu akan menunjukkan bagaimana industri penerbangan
dan pelabuhan terjejas serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan
gangguan penerbangan.
    
"Jerebu telah memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi dan kesihatan malah
penerbangan industri yang menyaksikan banyak penerbangan ditangguhkan, dibatalkan
dan diubah laluan.
    
"Kami sedang menyusun laporan ini untuk memaklumkan kepada kerajaan Indonesia
 bahawa jerebu benar-benar memberi kesan kepada kita (Malaysia) dan betapa
seriusnya keadaan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat
 Kabinet hari ini. - Bernama

Jerebu Taska Perlu Kurang Aktiviti Luar

Jerebu


PUTRAJAYA - Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar berikutan jerebu yang melanda negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
 
Beliau berkata pengusaha-pengusaha taska harus sentiasa memantau keadaan semasa bagi mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada jerebu.

"Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak serta sentiasa berada dalam kawasan tertutup berikutan keadaan jerebu yang tidak menentu.

"Ibu bapa juga perlu mengawasi tahap kesihatan anak-anak dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya keadaan kesihatan mereka terjejas akibat daripada situasi jerebu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rohani berkata kementerian juga berharap ibu bapa mengambil langkah proaktif dengan membekalkan anak-anak mereka dengan topeng muka bagi mengurangkan risiko gangguan kesihatan. - Bernama
 

Sumber : Sinar Online

Jerebu Di Johor Turut Jejas Perniagaan

Jerebu


JOHOR BAHRU - Keadaan jerebu yang berterusan di bandar raya ini sedikit sebanyak menjejaskan
perniagaan apabila orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti di
luar rumah.
    
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi perniagaan, medan selera dan pasar raya mendapati tidak
ramai yang mengunjunginya berikutan kebanyakan orang memilih tinggal di rumah.
    
Seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Pelangi di sini, Nurazana Fadhilah, 18, berkata
jerebu sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan kerana tidak ramai yang datang membeli barang,
berbanding sebelum ini.
    
"Kita boleh nampak tidak ramai yang datang, ramai yang memilih untuk tidak keluar rumah
dan yang datang pun akan mencari topeng penutup muka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
Sementara itu, peniaga di medan selera Taman Suria di sini, Mohd Yasin Yusuf, 60, berkata
perniagaannya terjejas kira-kira 40 peratus akibat jerebu yang melanda sejak awal Ogos lepas.


"Sejak jerebu melanda, pelanggan jarang datang ke sini untuk makan, saya risau sebab ianya 
sangat menjejaskan perniagaan ditambah pula dengan keadaan ekonomi kita sekarang.
    
"Pelanggan yang datang hanyalah pekerja sekitar pasar raya yang berdekatan sahaja," katanya.
    
Setakat pukul 4 petang tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi di negeri ini
dicatatkan di Pasir Gudang dengan bacaan 121, diikuti Muar 114, Larkin Lama 113 dan Kota
Tinggi 91. - Bernama

Sumber : Sinar Online

Jerebu Semua Sekolah Dibuka Esok

Jerebu


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk
 Johor yang
ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang teruk, dibuka semula esok.
    
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, sekolah perlu beroperasi seperti biasa kerana Indeks
Pencemaran
Udara (IPU) yang dipantau sehingga 4 petang ini mendapati hampir semua kawasan menunjukkan
penurunan
bacaan.
    
Walaupun berlaku sedikit peningkatan bacaan IPU di sesetengah kawasan, namun ia masih berstatus
 sederhana
 dan tidak sihat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tempat tertutup iaitu dalam bilik darjah
 boleh
dilaksanakan.
    
"Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara hendaklah terus memantau
maklumat
 bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib," kata kenyataan itu.
    
Jika berlaku perubahan bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat
masing-masing
seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian.
    
Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, sehingga 4 petang ini sebanyak 17 kawasan
 mencatat
bacaan IPU tidak sihat, 28 kawasan (sederhana) dan tujuh kawasan (baik). - Bernama



Sumber : Sinar Online

Pulau Pinang Terima 40000 Vaksin Anti Anjing Gila

penyakit anjing gila

GEORGETOWN - Perkhidmatan Veterinari Sedunia (WVS),‎ sebuah pertubuhan kebajikan berdaftar di United Kingdom, akan membekalkan 40,000 stok vaksin mencegah penyakit anjing gila kepada Pulau Pinang bagi menangani wabak penyakit itu.
 
Ketua Eksekutifnya, Luke Gamble berkata, vaksin itu perlu melalui pelbagai‎ proses tetapi ia dijangka tiba di Malaysia dalam tempoh dua bulan akan datang.  
 
Beliau berkata program utama itu akan dijalankan oleh sepasukan daripada‎ WVS, dan vaksin tersebut akan ditaja sepenuhnya.
 
"Kami bercadang memberi suntikan vaksin kepada kira-kira 70 peratus daripada jumlah anjing di Pulau Pinang dalam tempoh enam bulan dengan bantuan pasukan kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini semalam.
 
Beliau berkata vaksin itu perlu melalui pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan‎ Veterinar (DVS) di Malaysia, sebelum ia boleh digunakan di jalanan.
 
Gamble berkata jumlah anjing di Pulau Pinang ialah kira-kira 50,000 ekor dan sasarannya ialah untuk memastikan 70 peratus anjing diberikan suntikan.
 
Sementara itu, Ketua Penolong Kanan Pengarah Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan Sanatary Phytho Sanitary, Dr Rozanah Asmah Abd Samad berkata menurut prosedur operasi standard, semua vaksin baharu perlu diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum ia dibenar untuk digunakan.
 
"Memandangkan situasi kecemasan masa kini, kami mungkin mengambil masa selama sebulan untuk menilai vaksin yang dibekalkan oleh WVS sebelum meluluskannya untuk digunakan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kira-kira 750 dos vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan persekutuan akan tiba di Pulau Pinang Jumaat ini.
 
Beliau berkata jabatan itu telah mengagihkan semua vaksin kepada beberapa negeri untuk menangani wabak penyakit anjing gila dan Pulau Pinang akan menerimanya menjelang Jumaat ini.
 
"Kerajaan Pulau Pinang juga memesan 5,000 lagi stok vaksin tetapi kami belum dapat memastikan bila tarikh vaksin itu akan tiba," katanya.  
 
Menurut data oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 90 kes gigitan anjing dilaporkan sejak 16 Sept di Pulau Pinang, dan 883 ekor anjing liar telah ditangkap atau dihapuskan.
 
Ia juga melaporkan bahawa 12 ekor anjing telah dikuarantin, manakala 443 ekor anjing telah diberi suntikan. - Bernama


Sumber : Sinar Online

Piala AFC Johor Berdepan Laluan Sukar




JUARA Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan laluan sukar untuk layak ke final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 setelah tumpas 1-3 kepada juara bertahan, Qadsia SC dari Kuwait pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Kelab Sukan Kuwait, pada awal Rabu.

    
Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu pada 20 Oktober ini.
    
Pada perlawanan disiarkan secara langsung itu, Qadsia membuka tirai jaringan‎ pada minit ke-31 menerusi Fuakuputu Doris Salomo yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut rakan sepasukan.
    
Pasukan tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Bader Al Almotawaa selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
    
Keputusan 2-0 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.‎
    


Bersambung separuh masa kedua, Qadsia meneruskan asakan ke kubu JDT dan mereka berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-57 menerusi percubaan luar kotak penalti pemain import dari Guinea, Seydouba Soumah.

    
Skuad Harimau Selatan berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-82 menerusi pemain gantian, Mohd Amri Yahyah yang memanfaatkan hantaran daripadaLeandro Velazquez.
    
Keputusan 3-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat oleh pengadil, Ko Hyung Jin dari Korea Selatan.
    
Barisan Pemain:
-----------------------
    
QADSIA SC: Ahmed Alfadhli, Dhary Saeed, Khaled Ebrahim Hajiah, Rashid Sumaila, Sultan Alenezi, Fahed Al Ebrahim, Bader Al Almotawaa (kapten), Seydouba Soumah, Abdulaziz Alenezi (Ahmad Aldhefiri), Faisal Abdullah, Fuakuputu Doris Salomo (Ahmad J A H Zanki).
    
JDT: Izham Tarmizi Roslan, Marcos Antonio, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunalan, Muhammad Fazly Mazlan, Safiq Rahim (kapten), Gary Steven Robbat (Mohd Amri Yahyah), Hariss Harun (Amirulhadi Zainal), Mahalli Jasuli, Leandro Velazquez, Safee Sali.
    
Pengadil: Ko Hyung Jin (Korea Selatan). - Bernama


Sumber : Sinar Online

Lebih Banyak Kawasan Catat IPU Tidak Sihat


Jerebu

KUALA LUMPUR - Kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berikutan keadaan jerebu meningkat kepada 18 setakat 9 pagi ini berbanding 11 kawasan pada 7 malam tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU paling tinggi adalah di Bukit Rambai, Melaka iaitu 150, diikuti Port Dickson di Negeri Sembilan (142).

Beberapa kawasan di Johor yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Kota Tinggi dengan bacaan 106, Larkin Lama (120), Muar (119) dan Pasir Gudang (131).

Bandaraya Melaka pula mencatat bacaan 141, manakala dua lagi kawasan di Negeri Sembilan turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Nilai (115) dan Seremban (117).

Di Pahang, bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota dan Balok Baru, Kuantan pula masing-masing 105 dan 135, manakala di Jerantut (102).

Di Selangor, kawasan Banting mencatatkan bacaan 125, Pelabuhan Klang (102) dan Shah Alam (105), manakala di Terengganu, kawasan Kemaman dan Paka masing-masing mencatatkan bacaan 126 dan 112.

Sementara itu, Putrajaya turut mencatatkan tahap IPU tidak sihat dengan bacaan 111.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
    
Orang ramai boleh merujuk portal  http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama


Sumber : Sinar Online

Tuesday, September 29, 2015

Malaysia, China, Australia Komited Mencari MH 370

Azharuddin Abdul Rahman


BEIJING - CHINA. Malaysia, China dan Australia masih komited untuk mengesan lokasi MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
    
Beliau berkata ketiga-tiga negara mengadakan mesyuarat di China hari ini untuk membincangkan operasi pencarian yang sedang giat dijalankan bagi mengesan pesawat Boeing 777 itu, sebagai susulan kepada mesyuarat di Canberra awal bulan ini.
    
Mesyuarat itu bermula seawal 8.30 pagi dan selesai pada 6 petang, dihadiri pegawai daripada Kementerian Pengangkutan dan Hal Ehwal Luar China, pegawai daripada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) serta wakil Kementerian Pengangkutan Malaysia, DCA dan jawatankuasa waris (NOK) penumpang dan anak kapal MH370.
   
 "Saya berbesar hati untuk melaporkan bahawa ketiga-tiga negara masih amat komited dalam usaha pencarian ini. Seperti yang anda tahu, kepingan flaperon ditemukan pada 29 Julai (di Reunion Island dalam kawasan Perancis) telah disahkan adalah daripada pesawat MH370.
    
"Ini mengesahkan lakaran hanyut oleh pakar bahawa kami mencari di tempat yang betul," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu, Azharuddin berkata ujian sedang dijalankan untuk menentukan sama ada ia dapat menghasilkan maklumat lain berhubung apa yang berlaku terhadap pesawat itu.
    
"Malah teritip (terdapat pada flaperon) juga sedang diperiksa oleh pakar biologi marin untuk mendapatkan petunjuk," katanya.
    
Azharuddin berkata berdasarkan nasihat daripada pakar, apa juga opsyen akan terus diterokai dalam usaha pencarian itu, dengan mengambil kira sumber yang ada termasuk dana, peralatan dan kapal.
    
"Seperti biasa, kami berharap misteri MH370 akan dapat dirungkai dan keluarga akan dapat mengakhiri penantian mereka," katanya.
  
 Pada 8 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada radar. - Bernama


Sumber : Sinar Online

Gitaris Wanita Berpurdah Tarik Perhatian

Gitaris wanita berpurdah tarik perhatian


SEORANG wanita muslim berpurdah bermain gitar bergenre heavy metal menarik perhatian ramai.

Gisele Marie, 42 yang berasal dari Sao Paulo, Brazil merupakan peminat tegar muzik heavy metal.

Gisele menyertai kumpulan muzik Spectrus bersama abangnya selama beberapa tahun sebelum bersama sebuah band baru dan kini sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah album.

Menurutnya, ramai orang terkejut apabila melihat seorang wanita Muslim yang mengenakan purdah bermain dalam kumpulan heavy metal, namun ada juga yang merasakan ia unik, menarik, dan sangat 'cool'

"Saya tidak peduli tentang pandangan orang ramai terhadap saya hanya kerana saya memakai niqab, tetapi saya berharap orang ramai memahami bahawa Islam hanyalah agama saya dan muzik adalah profesion saya, dan sememangnya dua perkara ini merupakan ciri-ciri peribadi saya.

"Fokus saya ialah pada muzik dan hakikat bahawa saya seorang Islam tidak mempunyai pengaruh atau apa-apa kaitan ke atas muzik yang saya mainkan," katanya dipetik MailOnline.

Tambah Gisele lagi, dia kini sedang melawan stereotaip dan berharap lebih ramai melakukan perkara sebegini.

Gisele yang merupakan cucu kepada seorang penganut Kristian Katolik dari Jerman memeluk Islam pada tahun 2009 beberapa bulan selepas ayahnya meninggal dunia.
 "Saya datang dari sebuah keluarga Kristian, tetapi saya tidak mempunyai masalah dengan keluarga bahawa saya menjadi seorang wanita Islam. Malah, mereka semua menyokong saya," katanya.


Ditanya mengenai masalah yang dihadapinya apabila memakai niqab ketika membuat persembahan, Gisele berkata, dia telah mengenakan niqab dalam tempoh masa yang lama dan ia adalah pakaian biasa dan tiada apa yang berbeza memakai niqab di atas pentas sambil bermain gitar.


Sumber : SInar Online

Air Ditemui Di Planet Marikh

‎NASA: Aliran air ditemui di Planet Marikh



WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menemui aliran air di Planet Marikh dan menyatakan kemungkinan terdapat hidupan di sana.

Menurut Pengarah Sains Planet NASA, Jim Green, planet Marikh tidak gersang dan kering seperti yang diketahui sebelum ini.

"Dibawah keadaan tertentu, aliran air ditemui di Marikh," katanya

Sebelum ini, ahli sains telah membuat spekulasi bahawa mungkin ada sesuatu yang hidup di planet yang dikenali sebagai Planet Merah ini.

"Kehadiran aliran air membolehkan kehidupan wujud di sana," kata Nasa.

Memetik AFP, kehadiran air juga akan  memudahkan penghantaran misi manusia ke Marikh yang dijangkakan akan dilakukan oleh NASA pada tahun 2030.

Para saintis telah lama percaya bahawa air pernah mengalir di seluruh planet itu dan membentuk lembah-lembah dan ngarai, tetapi perubahan iklim utama kira-kira tiga bilion tahun dahulu berubah keadaan itu.

"Hari ini kita semula merevolusikan pemahaman kita tentang planet ini," kata Jim

Sebelum ini, Rover Penjelajah Marikh mengesan banyak kelembapan di udara Marikh

"Tanah di planet itu adalah lebih lembap daripada yang dijangkakan," ujarnya.  

Sejak empat tahun lalu, Nasa memantau jalur-jalur gelap di lereng permukaan planet Marikh, bagaimanapun, selepas kajian dan analisis mendalam dilakukan, mereka merumuskan jalur-jalur itu adalah air.


Sumber : Sinar Online

Hanya Satu Penerbangan Terjejas

Jerebu


KUALA LUMPUR - Beberapa lapangan terbang utama hari ini beroperasi seperti biasa dan hampir semua perjalanan penerbangan mengikut jadual ditetapkan, menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
    
Jurucakap MAHB, Ahmad Shahreen Ramli berkata, operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berjalan lancar dan semuanya berjalan mengikut jadual.
    
"Setakat hari ini, belum ada arahan penerbangan untuk berpatah balik dan kami berharap tiada penerbangan yang terbatal atau tergendala disebabkan oleh jerebu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
    
Katanya, semua penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh yang melibatkan pelepasan dan ketibaan juga beroperasi seperti biasa tanpa mengalami sebarang kelewatan sejak pagi ini.
    
MAHB memaklumkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang hari ini beroperasi seperti biasa tanpa sebarang pembatalan atau kelewatan penerbangan sejak pagi ini.
    
Bagaimanapun, MAHB menerusi laman Twitternya, menasihatkan para penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini dari semasa ke semasa.
    
Sementara itu, satu penerbangan melibatkan syarikat penerbangan AirAsia dari KLIA2 iaitu bagi sektor KL-Pekanbaru, Indonesia, terganggu kerana jarak penglihatan di bawah minimum disebabkan oleh keadaan jerebu pada jam 11 pagi tadi.
    
Menurut jurucakapnya, kesemua penumpang penerbangan itu telah dimaklumkan dan bantuan sewajarnya diberikan kepada penumpang di KLIA2. - Bernama



Sumber : Sinar Online

Cuti Jerebu Di Johor Dilanjutkan Sehari

Jerebu


JOHOR BAHRU - Cuti di semua sekolah di Johor dilanjutkan sehari lagi berikutan
bacaan kualiti udara menunjukkan pada tahap tidak sihat.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri,  Aminudin Adam berkata, ia membabitkan
penutupan sebanyak 1,178 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini
dengan jumlah 618, 326 pelajar.


Terdahulu Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Johor ditutup 
akibat jerebu pada hari ini manakala Jabatan Pendidikan Negeri mengesahkan cuti 
dilanjutkan sehingga esok. 


Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di
Negeri Johor diminta memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan
 masing-masing mengenai penutupan tersebut
dengan kadar segera.
    
Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, setakat 4 petang tadi empat
kawasan di Johor mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Larkin Lama (128); Pasir
 Gudang (121); Muar (113) dan Kota Tinggi 108.
    
Sementara itu, semua sekolah di Melaka yang ditutup hari ini kerana jerebu diarah
dibuka semula seperti biasa esok berikutan keadaan jerebu di negeri tersebut
bertambah baik.



Sumber : Sinar Online 



IPU Kota Tinggi, PD, Paka Tidak Sihat Malam Ini

Jerebu


KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini berbanding sembilan pada 1 tengah hari tadi.
    
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan baharu terlibat ialah Kota
Tinggi di Johor dengan bacaan 115, Port Dickson, Negeri Sembilan (109) dan Paka, Terengganu
(104).
    
Kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Balok Baru, Pahang merekodkan bacaan IPU
paling tinggi iaitu 131, diikuti Pasir Gudang, Johor (124).
    
Larkin Lama di Johor pula mencatat bacaan 122, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka
masing-masing mencatatkan bacaan 123; diikuti Indera Mahkota, Kuantan (117) dan Muar
di Johor serta Kemaman, Terengganu masing-masing (114).
    
Sebanyak 30 kawasan pula mencatat tahap IPU sederhana antara Banting, Selangor (92); Putrajaya
dan Seremban, Negeri Sembilan (91); Jerantut, Pahang (90); Pelabuhan Klang, Selangor (89);
Samarahan, Sarawak dan Nilai, Negeri Sembilan (88) dan Shah Alam, Selangor (83).


Sembilan kawasan mencatat IPU baik, antaranya Bakar Arang, Kedah (50); Tawau, Sabah (47), 
SMK Tanjung Chat, Kelantan (43); USM dan Perai Pulau Pinang (42); Alor Setar, Kedah (38), 
Langkawi, Kedah (32), Tanah Merah, Kelantan (27) dan Kangar di Perlis (26).
   
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300
 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
    
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Sumber : Sinar Online

IPU Tidak Sihat Menurun Kepada 8 Kawasan

Jerebu


KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di lapan kawasan masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini, berbanding sembilan kawasan pada pukul 10 malam tadi.
   
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Larkin Lama di Johor dengan bacaan tertinggi iaitu 126, diikuti Balok Baru, Kuantan (123).
   
Selain itu, Bandaraya Melaka mencatat bacaan 117 dan Bukit Rambai di Melaka (111), diikuti Muar dan Pasir Gudang di Johor masing-masing 116
dan 109.
   
Bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota, Kuantan adalah 109 manakala di Samarahan, Sarawak pula 104.
   
Sementara itu, sebanyak 29 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 97, diikuti Kuching,   Sri Aman dan Sarikei di Sarawak masing-masing 93, 89 dan 85 manakala Seremban pula mencatat bacaan 85.

Selain itu, 14 kawasan mencatatkan IPU baik iaitu di Seberang Jaya 2, di Perai, Pulau Pinang (48), Kuala Terengganu (46), Bakar Arang, Kedah (45), SMK Tanjung Chat di Kota Bharu (43), Jalan Tasek dan SK Jalan Pegoh di Ipoh (38).
   
USM di Pulau Pinang dan Kampung Air Putih, Taiping masing-masing mencatat bacaan 37, Alor Setar dan Perai (32), Langkawi dan Seri Manjung di Perak (29), Tanah Merah, Kelantan (26) dan Kuala Kangsar di Perak (23).


IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
   
Orang ramai boleh merujuk portal  http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama


Sumber : Sinar Online

IPU Di Johor Masih Tidak Berubah

 IPU di Johor masih tidak banyak berubah



JOHOR BAHRU - Kualiti udara di negeri ini masih berada pada tahap sederhana dan
tidak sihat di semua kawasan akibat jerebu selain bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) hanya menunjukkan sedikit penurunan setakat jam 9.00 pagi ini.


Berdasarkan maklumat daripada portal Jabatan Alam sekitar (JAS),  Kota Tinggi 
menunjukkan kualiti udara pada tahap sederhana dengan bacaan IPU pada paras 82,
 manakala tiga lagi kawasan Larkin Lama, Muar, dan Pasir Gudang mencatatkan pada 
tahap tidak sihat.



Setakat jam 9.00 pagi tadi, Larkin Lama mencatatkan bacaan IPU pads tahap 126, 
manakala Muar dan Pasir Gudang masing-masing, 116 dan 109

Sumber : Sinar Online .

Meredah Jerebu Di lautan


Meredah jerebu di lautan

ROMPIN – “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau tak kais dapur tak berasap,” demikian mungkin perumpamaan yang sesuai bagi situasi yang dihadapi golongan nelayan yang terpaksa juga turun ke laut untuk mencari ikan walaupun dalam keadaan jerebu.


Keadaan jerebu yang tebal sehari dua ini menyebabkan jarak penglihatan nelayan ketika berada di laut sangat terhad terutama bagi nelayan pantai atau bot kecil namun ia tidak menjejaskan nelayan bot kelas A hingga C yang bersaiz besar dan dilengkapi teknologi seperti GPS.


Seorang nelayan, Razali Samah, 74, berkata, pendapatan utama keluarganya adalah hasil tangkapan ikan di laut dan dengan keadaan jerebu yang agak kuat ini beliau tetap turun ke laut namun situasinya tidak membimbangkan kerana bot miliknya kelas C yang dilengkapi GPS.


Bagaimana pun, tetap ada kebimbangan dalam dirinya kerana keadaan jerebu yang tebal itu menyebabkan jarak penglihatan terhad seterusnya bot tidak boleh dipandu laju kerana bimbang berlanggar dengan bot lain.


“Pada pakcik tiada masalah untuk ke laut tetapi perlu sentiasa berhati-hati kerana jerebu tebal menyebabkan penglihatan terhad terutama di tengah laut kerana di sana ia kelihatan lebih tebal.



ROMPIN – “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau tak kais dapur tak berasap,” demikian mungkin perumpamaan yang sesuai bagi situasi yang dihadapi golongan nelayan yang terpaksa juga turun ke laut untuk mencari ikan walaupun dalam keadaan jerebu.


Keadaan jerebu yang tebal sehari dua ini menyebabkan jarak penglihatan nelayan ketika berada di laut sangat terhad terutama bagi nelayan pantai atau bot kecil namun ia tidak menjejaskan nelayan bot kelas A hingga C yang bersaiz besar dan dilengkapi teknologi seperti GPS.


Seorang nelayan, Razali Samah, 74, berkata, pendapatan utama keluarganya adalah hasil tangkapan ikan di laut dan dengan keadaan jerebu yang agak kuat ini beliau tetap turun ke laut namun situasinya tidak membimbangkan kerana bot miliknya kelas C yang dilengkapi GPS.


Bagaimana pun, tetap ada kebimbangan dalam dirinya kerana keadaan jerebu yang tebal itu menyebabkan jarak penglihatan terhad seterusnya bot tidak boleh dipandu laju kerana bimbang berlanggar dengan bot lain.


“Pada pakcik tiada masalah untuk ke laut tetapi perlu sentiasa berhati-hati kerana jerebu tebal menyebabkan penglihatan terhad terutama di tengah laut kerana di sana ia kelihatan lebih tebal.


“Teknologi GPS yang ada pada bot ini membolehkan pakcik pergi jauh walaupun dalam keadaan jerebu tetapi tidak boleh laju kerana bimbang berlanggar dengan bot lain seperti bot-bot kecil yang turut ke tengah laut disebabkan ikan di bahagian pantai kurang pada waktu ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau yang telah menjadi nelayan sejak usia belasan tahun itu tidak menafikan jerebu yang tebal itu juga menyebabkan matanya berasa pedih dan hidung juga tidak selesa untuk bernafas terutama ketika berada di tengah laut.


Berbeza pula dengan seorang nelayan pantai, Fauzi Mat, 58, berpandangan bahawa masalah mata pedih atau kesukaran bernafas akibat jerebu tidak dialami oleh semua orang kerana setakat ini beliau tidak merasai kesan jerebu itu pada dirinya.


Namun begitu beliau tidak menolak jerebu yang tebal mendatangkan bahaya kepada bot-bot kecil yang terpaksa pergi jauh ke tengah lautan kerana hasil tangkapan di pesisir pantai kurang selain bimbang dilanggar bot lain.


“Setakat ini saya tetap turun ke laut walaupun keadaan agak berjerebu tetapi tidak pergi jauh lebih dari 1KM jarak dari pantai. Nelayan bot kecil tidak sama dengan nelayan bot besar yang dilengkapi pelbagai teknologi.


“Namun begitu ada juga rakan-rakan lain yang pergi jauh ke tengah laut kerana sekarang musim ikan kurang di sebelah pantai. Hendak atau tidak mereka terpaksa juga pergi lebih jauh untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak,” katanya.


Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Rompin, Mohd Nasir Abdullah yang dihubungi berkata, tidak dinafikan keadaan jerebu agak merbahaya kepada nelayan namun mereka terpaksa juga turun ke laut tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati.


“Setakat ini tiada arahan dikeluarkan melarang nelayan ke laut tetapi saya menyarankan supaya para nelayan memakai topeng mengelak daripada menyedut jerebu manakala yang ke laut berseorangan itu hendaklah berhati-hati.


“Selain itu, nelayan yang ke laut pada waktu siang disarankan pulang tidak terlalu petang atau gelap manakala nelayan yang ke laut pada waktu malam pula disarankan membawa alatan yang lengkap seperti lampu dan sebagainya bagi menjamin keselamatan kerana penglibatan yang terhad lebih teruk pada waktu malam,” katanya.

Sumber : Sinar Online
 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078